Malaysia legislation

Section 2

of AKTA BEKALAN GAS (PINDAAN) 2016

Seksyen 2

Akta Bekalan Gas 1993 [Akta 501], yang disebut “Akta ibu”

dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan tajuk panjang dengan tajuk panjang yang berikut:

“Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan pelesenan bagi pengimportan ke terminal penggasan semula, penggasan semula, pengiriman, pengangkutan, pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas dalam pembekalan gas melalui talian paip dan perkara yang berkaitan, pembekalan gas pada harga yang munasabah, kawalan talian paip, pepasangan dan perkakas bekalan gas mengenai perkara yang berhubungan dengan keselamatan orang dalam pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.”.