Malaysia legislation

Section 31

of AKTA BEKALAN GAS (PINDAAN) 2016

Seksyen 31

Seksyen 29 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika suatu pertikaian timbul antara pemegang lesen dan pengguna berhubung dengan perkara yang

Bekalan Gas (Pindaan)

69

termasuk di bawah seksyen 13, 14 hingga 21 atau antara pemegang lesen berhubung dengan perkara selain yang berkenaan dengan Bahagian VIa, pertikaian itu boleh dirujukkan kepada Suruhanjaya.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Amalan dan tatacara yang hendak diikuti dalam menentukan apa-apa pertikaian di bawah perenggan (2)(a) bolehlah seperti apa yang didapati wajar oleh Suruhanjaya.”;

(c)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan

“tiga” dengan perkataan “sepuluh”; dan

(d)

dalam subseksyen (7), dengan menggantikan perkataan

“tentang perkhidmatan pembekalan gas di antara seseorang pemegang lesen dengan seseorang pengguna, pemegang lesen itu hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Suruhanjaya, terus memberikan bekalan gas” dengan perkataan “di bawah seksyen ini, pemegang lesen itu hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh

Suruhanjaya, terus menghantar atau membekal gas atau membenarkan penggunaan kemudahannya”.

Pindaan seksyen 30