Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
Seksyen 30 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “membekalkan gas melalui talian paip” dengan perkataan
“menjalankan apa-apa aktiviti peruncitan atau penggunaan gas melalui sistem perpaipan”;
(ii)
dengan menggantikan perkataan “lima” dengan perkataan “tiga”; dan
(iii)
dengan menggantikan perkataan “talian paip atau pepasangan” dengan perkataan “sistem perpaipan”;
Undang-Undang Malaysia 70
Akta A1515
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Mana-mana orang yang, berlanggaran dengan seksyen 11, menjalankan apa-apa aktiviti pengimportan ke terminal penggasan semula, penggasan semula, pengiriman, pengangkutan atau pengagihan gas melalui talian paip tanpa apa-apa lesen melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.”;
(c)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Bagi maksud subsekyen (1) dan (1a), mana-mana pemegang lesen yang, tanpa kebenaran nyata daripada
Suruhanjaya, menjalankan aktiviti pengangkutan, pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas atau meletakkan apa-apa talian paip atau membina apa-apa sistem perpaipan di luar kawasan pembekalan yang dinyatakan dalam lesennya hendaklah disifatkan sebagai beroperasi tanpa lesen dan melakukan kesalahan yang sewajarnya di bawah subseksyen (1) dan (1a).”;
(d)
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“lima” dengan perkataan “lima puluh”;
(e)
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Mana-mana pemegang lesen pengimportan ke terminal penggasan semula, pengiriman, peruncitan atau gas persendirian yang tanpa alasan yang sah gagal untuk mematuhi apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi seratus ribu ringgit dan didenda selanjutnya tidak
Bekalan Gas (Pindaan)
71
melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.”;
(f)
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(4a) Mana-mana pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan, atau pengagihan yang tanpa alasan yang sah gagal untuk mematuhi apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.”;
(g)
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“lima puluh” dengan perkataan “satu ratus”;
(h)
dalam subseksyen (6)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “satu ratus”
dengan perkataan “lima ratus”; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan
“kedua-duanya” perkataan “, dan hendaklah juga boleh dikenakan untuk membayar pampasan bagi kerugian yang ditanggung bagi suatu amaun yang hendaklah ditetapkan oleh mahkamah di bawah seksyen 30d”;
(i)
dalam subseksyen (7)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “lima” dengan perkataan “satu ratus”; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan
“kedua-duanya” perkataan “, dan hendaklah juga boleh dikenakan untuk membayar pampasan bagi kerugian yang ditanggung bagi suatu amaun yang akan ditetapkan oleh mahkamah di bawah seksyen 30d”; dan
Undang-Undang Malaysia 72
Akta A1515
(j)
dalam subseksyen (9)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “lima” dengan perkataan “lima puluh”; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan
“kedua-duanya” perkataan “, dan hendaklah juga boleh dikenakan untuk membayar pampasan bagi kerugian yang ditanggung bagi suatu amaun yang akan ditetapkan oleh mahkamah di bawah seksyen 30d”.
Seksyen baharu 30a, 30b, 30c, 30d dan 30e