Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 30
seksyen yang berikut:
(a)
mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa seseorang pegawai diberi kuasa sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Bahagian ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau
(b)
mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang pegawai diberi kuasa di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu,
Bekalan Gas (Pindaan)
73
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(i)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima juta ringgit; atau
(ii)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikan ia suatu kesalahan bagi seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—
(a)
kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada pelanggan itu dalam penjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau
(b)
kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.
(3)
Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.
(4)
Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi pembelaan jika orang itu membuktikan bahawa—
(a)
dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b)
berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau
(b)
dia mempunyai kuasa yang sah atau alasan yang munasabah untuk membuat penzahiran itu.
Undang-Undang Malaysia 74
Akta A1515
Ancaman dan tindakan balas 30b. (1) Tiada seorang pun boleh—
(a)
memaksa atau cuba untuk memaksa mana-mana orang untuk menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam subseksyen
(3)
; atau
(b)
menjadikan mana-mana orang tertakluk kepada apa-apa keadaan merugikan dari segi komersial atau lain sebagai tindakan balas terhadap orang itu kerana melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam subseksyen (3).
(2)
Bagi maksud dan tanpa menjejaskan keluasan perenggan (1)(b), keadaan merugikan dari segi komersial atau lain itu boleh termasuk suatu ancaman pembayaran lewat bagi amaun yang kena dibayar dengan sewajarnya kepada orang itu, pembawaan atau penjalanan dengan tidak munasabah litigasi terhadap orang itu, pembatalan pesanan dengan orang itu, atau pengalihan perniagaan daripada, atau keengganan untuk berdagang dengan, orang itu.
(3)
Perbuatan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah seperti yang berikut:
(a)
membuat suatu aduan kepada Suruhanjaya; dan
(b)
bekerjasama dengan, atau menawarkan atau bersetuju untuk bekerjasama dengan, Suruhanjaya berkaitan dengan apa-apa penyiasatan oleh Suruhanjaya.
(4)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima juta ringgit; atau
Bekalan Gas (Pindaan)
(b)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kerahsiaan 30c. (1) Mana-mana orang yang menzahirkan atau menggunakan apa-apa maklumat rahsia berkenaan dengan seseorang yang tertentu, termasuklah pemegang lesen, atau hal ehwal seseorang individu yang diperoleh menurut kuasa mana-mana peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima juta ringgit; atau
(b)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh berkuat kuasa untuk menghalang penzahiran maklumat jika—
(a)
penzahiran itu dibuat dengan persetujuan orang yang daripadanya maklumat itu diperoleh;
(b)
penzahiran itu adalah perlu bagi pelaksanaan fungsi atau kuasa Suruhanjaya;
Undang-Undang Malaysia 76
Akta A1515
(c)
penzahiran itu dibuat secara munasabah semasa apa-apa prosiding di bawah Bahagian VIa atau Akta ini dengan syarat bahawa penzahiran itu tidak dibuat berlawanan dengan apa-apa arahan Suruhanjaya atau
Tribunal Rayuan Persaingan Gas yang di hadapannya prosiding itu berjalan;
(d)
penzahiran itu dibuat berkaitan dengan penyiasatan terhadap suatu pelanggaran atau suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
(e)
penzahiran itu dibuat dengan kebenaran Suruhanjaya kepada mana-mana pihak berkuasa persaingan negara lain berkaitan dengan suatu permintaan oleh pihak berkuasa persaingan negara itu untuk bantuan.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “maklumat rahsia” ertinya maklumat perdagangan, perniagaan atau perindustrian yang dipunyai oleh mana-mana orang, yang mempunyai nilai ekonomi dan tidak tersedia secara amnya kepada atau diketahui oleh orang lain.
Perintah pembayaran kos pendakwaan dan pampasan 30d. (1) Mahkamah yang di hadapannya seseorang disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh, atas budi bicaranya, membuat sama ada salah satu atau kedua-dua perintah yang berikut terhadap orang itu, iaitu:
(a)
suatu perintah pembayaran oleh orang itu terhadap kos pendakwaannya atau apa-apa bahagiannya yang dipersetujui oleh Pendakwa Raya;
(b)
suatu perintah pembayaran oleh orang itu bagi suatu jumlah yang hendaklah ditetapkan oleh mahkamah sebagai pampasan kepada mana-mana orang yang merupakan mangsa kepada kesalahan yang dilakukan oleh orang itu berkenaan dengan kecederaan pada diri atau sifatnya, atau kehilangan pendapatan atau harta, sebagai kesan daripada kesalahan yang dilakukan.
Bekalan Gas (Pindaan)
(2)
Jika seseorang yang merupakan mangsa kepada kesalahan itu telah mati, perintah pampasan hendaklah dibuat kepada wakil orang yang telah mati itu.
(3)
Mahkamah hendaklah, dalam membuat perintah di bawah perenggan (1)(b), mempertimbang faktor yang berikut:
(a)
jenis kesalahan;
(b)
kecederaan yang dialami oleh mangsa;
(c)
perbelanjaan yang ditanggung oleh mangsa;
(d)
kerosakan kepada, atau kehilangan, harta yang ditanggung oleh mangsa;
(e)
kehilangan pendapatan yang ditanggung oleh mangsa;
(f)
kemampuan orang yang disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini untuk membayar; dan
(g)
apa-apa faktor lain yang difikirkan oleh mahkamah berkaitan.
(4)
Bagi maksud membuat suatu perintah di bawah perenggan (1)(b), mahkamah boleh mengadakan siasatan yang difikirkan patut oleh mahkamah.
(5)
Mahkamah hendaklah menentukan orang yang kepadanya apa-apa jumlah wang berkenaan dengan kos atau pampasan yang disebut terdahulu hendaklah kena dibayar, dan seksyen 30e, kecuali perenggan (1)(d), hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.
(6)
Mahkamah boleh mengarahkan suatu perintah bagi pembayaran kos atau suatu perintah bagi pembayaran pampasan, diutamakan, dan, jika tiada arahan diberikan, suatu perintah bagi pembayaran kos hendaklah diutamakan, daripada perintah bagi pembayaran pampasan.
Undang-Undang Malaysia 78
Akta A1515
(7)
Setakat amaun yang telah dibayar kepada seseorang, atau kepada wakil seseorang, di bawah suatu perintah bagi pampasan, apa-apa tuntutan orang itu atau wakilnya bagi kecederaan yang ditanggung oleh sebab kesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dijelaskan, tetapi perintah bagi pembayaran itu tidaklah menjejaskan apa-apa hak bagi remedi sivil untuk mendapatkan balik apa-apa harta atau bagi mendapatkan balik kerugian melebihi amaun pampasan yang dibayar di bawah perintah itu.
(8)
Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dirayu.
Peruntukan mengenai wang yang boleh dibayar sebagai kos atau pampasan 30e. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini jika mana-mana orang, di bawah Akta ini, atas apa jua sebab, diperintahkan untuk membayar apa-apa jumlah wang melalui kos atau pampasan, mahkamah yang membuat perintah itu boleh, atas budi bicaranya membuat semua atau mana-mana perkara yang berikut, iaitu:
(a)
memberikan masa bagi pembayaran jumlah wang itu;
(b)
mengarahkan supaya pembayaran jumlah wang itu dibuat tidak melebihi dua belas ansuran bulanan;
(c)
mengeluarkan suatu waran untuk melevi jumlah wang itu secara distres dan jualan apa-apa harta yang dimiliki oleh orang itu;
(d)
mengarahkan bahawa apabila ingkar membayar atau sesuatu distres yang mencukupi bagi menjelaskan jumlah wang itu, maka orang itu hendaklah dipenjarakan bagi suatu tempoh yang tertentu, yang mana pemenjaraan itu hendaklah melebihi sebarang pemenjaraan yang dia boleh dihukum ke atasnya atau yang mana dia boleh dihukum di bawah hukuman pengurangan hukuman:
Dengan syarat bahawa jika masa bagi pembayaran terhadap jumlah wang itu tidak diberikan suatu
Bekalan Gas (Pindaan)
79
perintah bagi pemenjaraan kerana ingkar membayar tidak boleh dikeluarkan dahulu melainkan jika mahkamah berpendapat orang itu tidak mempunyai harta atau harta yang tidak mencukupi untuk menyelesaikan wang yang kena dibayar atau bahawa levi distres itu akan lebih memudaratkannya atau keluarganya daripada pemenjaraan;
(e)
mengarahkan supaya orang itu diperiksa dan apa-apa wang yang dijumpai daripadanya semasa diperiksa sedemikian atau sekiranya dia dipenjarakan, boleh dijumpai daripadanya semasa dia dibawa ke penjara hendaklah digunakan bagi pembayaran jumlah wang itu, lebihnya, jika ada, dikembalikan kepadanya:
Dengan syarat bahawa wang itu tidak boleh digunakan sedemikian jika mahkamah berpuas hati bahawa wang itu bukan dipunyai oleh orang itu yang padanya wang itu dijumpai atau kehilangan wang itu akan lebih memudaratkan keluarganya daripada pemenjaraannya.
(2)
Terma yang baginya mahkamah mengarahkan supaya orang itu dihukum dengan pemenjaraan kerana ingkar membayar atau sesuatu distres yang mencukupi untuk menjelaskan apa-apa wang itu, tidak boleh melebihi skala yang berikut:
Apabila wang yang kena dibayar tidak melebihi RM500…………………………...
Satu bulan
Apabila wang yang kena dibayar itu melebihi RM500 tetapi tidak melebihi
RM1000………………………..................
Dua bulan
Dalam apa-apa hal yang lain………………………….
Enam bulan
(3)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini pemenjaraan yang dikenakan oleh mahkamah di bawah seksyen ini hendaklah tamat apabila wang itu dibayar atau dilevikan mengikut proses undang-undang.
Undang-Undang Malaysia 80
Akta A1515
(4)
Jika sebelum tamatnya tempoh pemenjaraan itu, apa-apa bahagian wang telah dibayar atau dilevikan dan tempoh pemenjaraan, yang dijalani adalah tidak kurang daripada bahagian wang yang masih belum dibayar itu, maka hukuman pemenjaraan itu hendaklah ditamatkan.
(5)
Suatu waran untuk melevi apa-apa jumlah wang boleh disempurnakan di mana-mana tempat dalam Malaysia tetapi jika waran itu dikehendaki disempurnakan di luar Negeri tempat waran itu dikeluarkan ia hendaklah diendorskan bagi maksud itu oleh seorang Hakim atau Majistret Kelas Pertama yang mempunyai bidang kuasa dalam negeri tempat waran itu hendak disempurnakan.”.
Pindaan seksyen 31