Malaysia legislation
Section 35a
Seksyen 35a
(a)
menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan pengauditan ke atas mana-mana pemegang lesen, institusi, pengilang atau pengimport, kontraktor gas atau mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya bagi apa-apa aktiviti berlesen, apa-apa maklumat yang dikemukakan kepada
Suruhanjaya atau bagi apa-apa perkara lain yang diarahkan oleh Suruhanjaya;
(b)
menghendaki pemegang lesen untuk melantik, atas kosnya sendiri, seorang pakar bebas, dengan kelayakan yang dinyatakan oleh Suruhanjaya untuk menyemak semula atau mengaudit apa-apa aktiviti berlesen, apa-apa maklumat yang dikemukakan oleh pemegang lesen kepada Suruhanjaya atau bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya.
Bekalan Gas (Pindaan)
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), semakan semula atau pengauditan itu hendaklah dijalankan mengikut apa-apa kod, garis panduan, arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini, atau sebagaimana yang boleh selainnya ditentukan oleh
Suruhanjaya.
(3)
Seseorang pemegang lesen, institusi, pengilang atau pengimport, kontraktor gas atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya yang—
(a)
gagal untuk mengemukakan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya;
(b)
dengan sengaja mengubah, menyekat atau memusnahkan apa-apa dokumen atau maklumat yang dia telah dikehendaki melalui notis bertulis untuk dibekalkan;
atau
(c)
enggan untuk membantu atau memudahcarakan, atau menghalang Suruhanjaya, pegawai diberi kuasanya atau perunding yang dilantiknya untuk menjalankan audit itu, di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.”.
Pindaan seksyen 36