Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
Seksyen 39 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) had perubahan kualiti gas dalam sistem penghantaran gas dan tekanan gas yang dihantar yang melibatkan pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas;”;
(b)
dengan menggantikan perenggan (f) dengan perenggan yang berikut:
“(f) langkah-langkah yang hendak diambil dan pengawalseliaan kelengkapan, perkakas dan gegasan berserta bayaran fi bagi kelulusannya, untuk dibekalkan dan digunakan berkaitan dengan talian paip pengagihan dan sistem perpaipan dalam peruncitan atau penggunaan gas untuk menjamin keselamatan awam dan persendirian;”;
(c)
dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut:
“(fa) pengawalseliaan meter berserta bayaran fi bagi kelulusannya, untuk dibekalkan dan digunakan berkaitan dengan talian paip dan sistem perpaipan berkenaan dengan tujuan pengawalseliaan ekonomi;”;
(d)
dalam perenggan (h), dengan memasukkan selepas perkataan “perkakas” perkataan “yang terlibat dalam pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas melalui sistem perpaipan”;
(e)
dalam perenggan (j), dengan menggantikan perkataan
“larangan” dengan perkataan “tegahan”;
Undang-Undang Malaysia 92
Akta A1515
(f)
dengan memasukkan selepas perenggan (n) perenggan yang berikut:
“(na) pendaftaran dan klasifikasi orang kompeten dan kontraktor yang terlibat dalam pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas dan untuk menetapkan fi bagi pendaftaran itu;”;
(g)
dengan menggantikan perenggan (o) dengan perenggan yang berikut:
“(o) fi yang kena dibayar berkenaan dengan pemeriksaan dan pengujian pepasangan yang terlibat dalam pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas dan berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan yang diberikan dengan sewajarnya kepada pengguna;”;
dan
(h)
dengan memasukkan selepas perenggan (o) perenggan yang berikut:
“(oa) fi yang kena dibayar berkenaan dengan pemeriksaan daftar atau bagi cabutan salinan dokumen yang disimpan dalam daftar tersebut; dan”.
Pindaan seksyen 40