Malaysia legislation

Section 46

of AKTA BEKALAN GAS (PINDAAN) 2016

Seksyen 46

Peruntukan kecualian dan peralihan

(2)

Jika pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, permintaan bagi pembekalan gas masih belum selesai di pihak pemegang lesen di bawah Akta ibu, peruntukan Akta ibu yang berhubungan dengan kecualian kepada kewajipan untuk membekalkan gas sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai.

(3)

Apa-apa pendaftaran, perbuatan, perintah, arahan, pemberikuasaan, kelulusan atau keputusan yang telah selesai, dibuat atau diberikan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah selesai, dibuat atau diberikan di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan berhubung dengan orang yang kepadanya ia terpakai sehinggalah dibatalkan atau dipinda.

(4)

Jika suatu pertikaian di bawah seksyen 13, 14 hingga 21

Akta ibu timbul sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, peruntukan Akta ibu yang terpakai bagi penyelesaian pertikaian sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai.

(5)

Apa-apa tindakan atau prosiding yang dimulakan atau yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Section 46 — GAS SUPPLY (AMENDMENT) ACT 2016 | mylaw.my