Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Seksyen 1 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Akta ini hendaklah terpakai bagi penghantaran gas—
(a)
berhubung dengan—
(i)
gas asli cecair, dari bebibir sambungan lengan pemunggahan di terminal penggasan semula;
Bekalan Gas (Pindaan)
(ii)
gas asli yang diterima dari loji pemprosesan gas atau terminal gas daratan, dari bebibir penghujung loji pemprosesan gas atau terminal gas daratan;
(iii)
gas asli yang diimport ke Malaysia melalui talian paip tidak termasuk talian paip huluan loji pemprosesan gas atau terminal gas daratan, dari sempadan antarabangsa, ke talian paip penghantaran atau pengagihan, atau sistem perpaipan dan ke mana-mana perkakas gas di dalam premis pengguna; dan
(b)
dari sambungan pengisian tangki atau silinder penstoran yang digunakan khusus bagi penyeliratan atau penghantaran gas ke mana-mana perkakas gas di dalam premis pengguna.”;
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Akta ini hendaklah terpakai bagi, berkenaan dengan perkara keselamatan dan teknikal, penghantaran gas kepada pengguna—
(a)
dari talian paip pengagihan atau sistem perpaipan ke mana-mana perkakas gas di dalam premis pengguna; atau
(b)
dari sambungan pengisian tangki atau silinder penstoran yang digunakan khusus bagi penyeliratan atau penghantaran gas ke mana-mana perkakas gas di dalam premis pengguna.”;
dan
(c)
dengan memotong subseksyen (4).
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1515
Seksyen baharu 1a 4a. (1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 1
seksyen yang berikut:
“Pemakaian bagi Negeri Sarawak 1a. Walau apa pun subseksyen 1(2), Akta ini terpakai bagi
Negeri Sarawak, setelah mendapat kelulusan Yang di-Pertua
Negeri Sarawak terlebih dahulu, pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.”.
(2)
Penguatkuasaan Akta ibu disifatkan telah digantung bagi
Negeri Sarawak mulai 17 Julai 1997, dan bagi maksud itu hendaklah dikira seolah-olah suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen 1(2) Akta ibu, sehingga suatu tarikh ditetapkan oleh
Menteri di bawah seksyen 1a Akta ibu yang dimasukkan melalui subseksyen 4a(1) Akta ini.
Pindaan seksyen 2