Malaysia legislation

Section 5

of AKTA BEKALAN GAS (PINDAAN) 2016

Seksyen 5

Seksyen 2 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam teks bahasa Inggeris, dalam takrif “supply of gas”, dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah;

(b)

dengan memasukkan sebelum takrif “bahaya” takrif yang berikut:

‘ “akses pihak ketiga” ertinya akses ke terminal penggasan semula, talian paip penghantaran dan talian paip pengagihan oleh seseorang selain pemunya atau pengendali kemudahan itu bagi maksud penghantaran gas kepada pengguna;’;

(c)

dalam takrif “bahaya”, dengan menggantikan perkataan

“pemasangan akibat daripada penghantaran, pengagihan atau penggunaan gas” dengan perkataan “pepasangan akibat daripada pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas”;

Bekalan Gas (Pindaan)

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “dengan curang” takrif yang berikut:

‘ “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;’;

(e)

dengan menggantikan takrif “gas” dengan takrif yang berikut:

‘ “gas” ertinya gas asli, gas asli cecair atau gas petroleum cecair;’;

(f)

dengan memasukkan selepas takrif “gas” takrif yang berikut:

‘ “gas asli” ertinya campuran gas hidrokarbon yang terdiri terutamanya daripada metana;’;

(g)

dengan memasukkan selepas takrif “gas asli” takrif yang berikut:

‘ “gas asli cecair” ertinya gas asli dalam keadaan cecair;’;

(h)

dengan memasukkan selepas takrif “gas asli cecair” takrif yang berikut:

‘ “gas petroleum cecair” ertinya campuran gas hidrokarbon terutamanya propana dan butana dalam pelbagai kadar dan disimpan dalam bentuk cecair;’;

(i)

dengan menggantikan takrif “kawasan bekalan” dengan takrif yang berikut:

‘ “kawasan bekalan” ertinya kawasan yang di dalamnya seseorang dilesenkan untuk menggaskan semula, mengirim, mengangkut, mengagih, meruncit atau menggunakan gas;’;

(j)

dengan memasukkan selepas takrif “kawasan bekalan”

takrif yang berikut:

‘ “kelengkapan” termasuklah injap, penapis, meter, pengatur tekanan atau apa-apa item berfungsi lain yang digunakan dalam sistem gas;

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1515

(k)

dengan memasukkan selepas takrif “kelengkapan” takrif yang berikut:

‘ “kemudahan” ertinya—

(a)

dalam hal pemegang lesen penggasan semula, sesuatu kemudahan termasuk talian paip dan pepasangan yang berkaitan yang terletak di daratan atau di perairan wilayah Malaysia yang digunakan untuk menerima, menyimpan atau menggaskan semula gas asli cecair yang ditetapkan sedemikian oleh pemegang lesen penggasan semula dengan kelulusan Suruhanjaya;

(b)

dalam hal pemegang lesen pengangkutan, talian paip penghantaran bersama dengan pepasangan yang berkaitan yang digunakan untuk pengangkutan gas yang ditetapkan sedemikian oleh pemegang lesen pengangkutan dengan kelulusan Suruhanjaya;

(c)

dalam hal pemegang lesen pengagihan, talian paip pengagihan bersama dengan pepasangan yang berkaitan yang digunakan untuk pengagihan gas dari bebibir penghujung stesen pintu kota dan yang ditetapkan sedemikian oleh pemegang lesen pengagihan dengan kelulusan Suruhanjaya;’;

(l)

dalam takrif “keselamatan”, dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan “berkenaan dengan talian paip pengagihan atau sistem perpaipan”;

(m)

dengan memasukkan selepas takrif “keselamatan” takrif yang berikut:

‘ “Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai

Eksekutif Suruhanjaya;’;

(n)

dengan memasukkan selepas takrif “Ketua Pegawai

Eksekutif” takrif yang berikut:

‘ “larangan” ertinya apa-apa larangan di bawah

Bahagian VIa Akta ini;’;

Bekalan Gas (Pindaan)

(o)

dengan memasukkan selepas takrif “lesen” takrif yang berikut:

‘ “loji pemprosesan gas” ertinya suatu kemudahan untuk memproses gas asli bagi memenuhi spesifikasi gas yang akan digunakan dalam atau dihantar melalui sistem penghantaran gas;’;

(p)

dengan memasukkan selepas takrif “pegawai diberi kuasa”

takrif yang berikut:

‘ “pelanggaran” ertinya suatu pelanggaran terhadap mana-mana larangan di bawah seksyen 28c atau 28g;’;

(q)

dengan memasukkan selepas takrif “pelanggaran” takrif yang berikut:

‘ “pembawa gas asli cecair” ertinya kapal tangki yang direka untuk mengangkut gas asli cecair;’;

(r)

dengan menggantikan takrif “pembekalan gas” dengan takrif yang berikut:

‘ “pembekalan gas” ertinya penghantaran gas ke premis pengguna pemegang lesen peruncitan;’;

(s)

dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen”

takrif yang berikut:

‘ “pemegang lesen gas persendirian” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 11 untuk menggunakan gas melalui sistem perpaipan—

(a)

dari tangki atau silinder penstoran di atas harta atau premisnya sendiri atau di atas harta atau premis pemunya atau penghuni; atau

(b)

dari gas yang dihantar melalui talian paip pengagihan, tetapi tidak termasuk seseorang yang mendapat bekalan gas daripada pemegang lesen peruncitan;’;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1515

(t)

dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen gas persendirian” takrif yang berikut:

‘ “pemegang lesen pengagihan” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 11 untuk mengagihkan gas;’;

(u)

dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen pengagihan” takrif yang berikut:

‘ “pemegang lesen pengangkutan” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 11 untuk mengangkut gas;’;

(v)

dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen pengangkutan” takrif yang berikut:

‘ “pemegang lesen penggasan semula” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 11

untuk menggaskan semula gas;’;

(w)

dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen penggasan semula” takrif yang berikut:

‘ “pemegang lesen pengimportan ke terminal penggasan semula” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 11 untuk mengimport gas ke terminal penggasan semula;’;

(x)

dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen pengimportan ke terminal penggasan semula” takrif yang berikut:

‘ “pemegang lesen pengiriman” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 11 untuk mengirim gas;’;

(y)

dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen pengiriman” takrif yang berikut:

‘ “pemegang lesen peruncitan” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 11 untuk meruncit gas;’;

Bekalan Gas (Pindaan)

(z)

dengan memasukkan selepas takrif “pendaftar” takrif yang berikut:

‘ “pengagihan” ertinya aktiviti yang dijalankan oleh pemegang lesen pengagihan untuk mengendali dan menyenggara talian paip pengagihan bagi menghantar gas melalui talian paip pengagihan;’;

(aa) dengan memasukkan selepas takrif “pengagihan” takrif yang berikut:

‘ “pengangkutan” ertinya aktiviti yang dijalankan oleh pemegang lesen pengangkutan bagi penghantaran gas melalui talian paip penghantaran di bawah suatu perkiraan dengan pemegang lesen pengiriman;’;

(ab) dengan memasukkan selepas takrif “pengangkutan” takrif yang berikut:

‘ “penggasan semula” ertinya aktiviti mengendali dan menyenggara terminal penggasan semula untuk menggaskan semula gas asli cecair kepada gas asli yang dijalankan oleh pemegang lesen penggasan semula di terminal penggasan semula dan termasuklah menerima, menyimpan dan selepas penggasan semula, menghantar gas itu melalui talian paip terminal penggasan semula;’;

(ac) dengan menggantikan takrif “pengguna” dengan takrif yang berikut:

‘ “pengguna” ertinya mana-mana pengguna langsung atau tidak langsung gas, kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan oleh seseorang pemegang lesen dalam penjalanan perniagaan, dan termasuklah pemegang lesen lain yang menggunakan gas, kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan itu sebagai input kepada perniagaannya sendiri termasuklah sebagai pemegang lesen pengiriman, peruncitan atau gas persendirian, seseorang pengguna yang premisnya menerima gas melalui talian paip penghantaran atau pengagihan atau seseorang pengguna pemegang lesen peruncitan;’;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1515

(ad) dengan memasukkan selepas takrif “pengguna” takrif yang berikut:

‘ “penggunaan gas” ertinya aktiviti menggunakan gas sebagai pemegang lesen gas persendirian;’;

(ae) dengan memasukkan selepas takrif “penggunaan gas”

takrif yang berikut:

‘ “pengimportan ke terminal penggasan semula”

ertinya aktiviti membawa atau menyebabkan supaya dibawa gas asli cecair ke dalam atau di dalam Malaysia dengan apa-apa cara selain melalui pindah kapal;’;

(af) dengan memasukkan selepas takrif “pengimportan ke terminal penggasan semula” takrif yang berikut:

‘ “pengiriman” ertinya aktiviti pemegang lesen pengiriman yang membuat suatu perkiraan dengan pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan untuk memproses dan menghantar gas melalui terminal penggasan semula, talian paip penghantaran atau talian paip pengagihan ke premis pengguna;’;

(ag) dengan menggantikan takrif “pepasangan” dengan takrif yang berikut:

‘ “pepasangan” ertinya semua bahagian kemudahan fizikal yang terlibat dalam penggasan semula, pengangkutan, pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas termasuk kelengkapan, perkakas, pam, pengewap, pemampat, apa-apa perlengkapan yang dipasang pada talian paip atau sistem perpaipan dan apa-apa pemasangan lain;’;

(ah) dengan memasukkan selepas takrif “pepasangan” takrif yang berikut:

‘ “perkakas gas” ertinya perkakas yang direka bentuk bagi penggunaan atau untuk digunakan oleh pengguna gas bagi pemanasan, pembakaran, kuasa penggerak atau maksud lain yang baginya gas boleh digunakan dan termasuklah pengatur perkakas gas;

Bekalan Gas (Pindaan)

13

(ai) dengan memasukkan selepas takrif “perkakas gas” takrif yang berikut:

‘ “peruncitan” ertinya aktiviti penjualan atau penggunaan gas melalui sistem perpaipan pemegang lesen peruncitan ke premis pengguna yang mana gas sama ada—

(a)

diterima dari suatu tangki atau silinder penstoran di atas harta atau premis pemegang lesen peruncitan itu sendiri atau di atas harta atau premis pemunya atau penghuni; atau

(b)

diterima melalui talian paip pengagihan;’;

(aj) dengan memasukkan selepas takrif “peruncitan” takrif yang berikut:

‘ “pindah kapal”, berhubung dengan gas asli cecair, ertinya untuk membawa atau menyebabkan supaya dibawa atau disimpan gas asli cecair di terminal penggasan semula di Malaysia melalui apa-apa cara semata-mata bagi maksud membawa ia keluar dari Malaysia melalui apa-apa cara kecuali melalui talian paip;’;

(ak) dengan memasukkan selepas takrif “pindah kapal” takrif yang berikut:

‘ “sistem penghantaran gas” ertinya penghantaran gas secara fizikal dari bebibir sambungan lengan pemunggahan di terminal penggasan semula atau bebibir penghujung loji pemprosesan gas atau bebibir penghujung terminal gas daratan ke talian paip penghantaran, talian paip pengagihan dan sistem perpaipan;’;

(al) dengan memasukkan selepas takrif “sistem penghantaran gas” takrif yang berikut:

‘ “sistem perpaipan” ertinya semua bahagian kemudahan fizikal termasuk pepasangan, yang melaluinya gas bergerak, dari bebibir penghujung stesen pengatur atau pemeteran yang bersambung ke talian paip pengagihan atau dari sambungan pengisian tangki atau silinder penstoran bagi maksud penyeliratan atau penghantaran berkenaan dengan

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1515

peruncitan atau penggunaan gas melalui sistem perpaipan ke apa-apa perkakas gas di dalam mana-mana premis;’;

(am) dengan memasukkan selepas takrif “Suruhanjaya” takrif yang berikut:

‘ “stesen pintu kota” ertinya suatu stesen yang mempunyai peranti pengukuran dan pengaturan tekanan gas yang mana gas diterima terus daripada talian paip penghantaran dan kemudiannya dihantar melalui talian paip pengagihan bagi penghantaran gas kepada pengguna;’;

(an) dalam takrif “talian paip”, dengan menggantikan perkataan

“yang melaluinya gas bergerak semasa diangkut” dengan perkataan “termasuk pepasangan, yang melaluinya gas bergerak bagi maksud penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan gas”;

(ao) dengan memasukkan selepas takrif “talian paip” takrif yang berikut:

‘ “talian paip pengagihan” ertinya bahagian talian paip gas termasuk pepasangan yang bersambung di hiliran bebibir penghujung stesen pintu kota hingga ke bebibir penghujung stesen pengatur atau pemeteran di premis pengguna atau pemegang lesen peruncitan;’;

(ap) dengan memasukkan selepas takrif “talian paip pengagihan”

takrif yang berikut:

‘ “talian paip penghantaran” termasuklah pepasangan dan talian paip yang mengangkut gas sama ada dari—

(a)

bebibir penghujung loji pemprosesan gas;

(b)

bebibir penghujung terminal gas daratan;

(c)

titik sambungan terminal penggasan semula; atau

(d)

sempadan antarabangsa, ke bebibir penghujung stesen pintu kota atau bebibir penghujung stesen pengatur atau pemeteran;’;

Bekalan Gas (Pindaan)

15

(aq) dalam teks bahasa kebangsaan, dalam takrif “tanah rizab”, dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah;

(ar) dengan memasukkan selepas takrif “tanah rizab” takrif yang berikut:

‘ “terminal gas daratan” ertinya kemudahan untuk menerima gas asli dari luar pesisir pantai dan dihantar ke talian paip penghantaran; dan

(as) dengan memasukkan selepas takrif “terminal gas daratan”

takrif yang berikut:

‘ “terminal penggasan semula” ertinya kemudahan yang terletak di daratan atau di perairan Malaysia yang digunakan untuk menggaskan semula atau menyimpan gas asli cecair yang diterima daripada pembawa gas asli cecair.’.

Penggantian seksyen 4

Section 5 — GAS SUPPLY (AMENDMENT) ACT 2016 | mylaw.my