Malaysia legislation

Section 6

of AKTA BEKALAN GAS (PINDAAN) 2016

Seksyen 6

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 4

(a)

untuk memastikan bahawa pemegang lesen yang diberi kuasa oleh atau di bawah Akta ini mengimport ke terminal penggasan semula, mengirim atau meruncit gas melalui talian paip memenuhi segala permintaan yang munasabah bagi gas;

(b)

untuk memastikan bahawa pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan memenuhi kesemua permintaan yang munasabah untuk akses ke kemudahan;

Undang-Undang Malaysia 16

Akta A1515

(c)

tanpa menjejaskan keluasan perenggan (a) dan (b), untuk memastikan bahawa pemegang lesen dapat membiayai pengimportan ke terminal penggasan semula, pengiriman atau peruncitan atau pemberian perkhidmatan kemudahan penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan gas itu;

(d)

untuk melindungi kepentingan pengguna gas yang dibekalkan melalui talian paip berkenaan dengan—

(i)

terma pembekalan dan penggunaan kemudahan;

(ii)

keberterusan bekalan; dan

(iii)

kualiti gas, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan;

(e)

untuk membangun dan mengeluarkan kod, garis panduan dan arahan berkenaan dengan perkara-perkara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini;

(f)

untuk mengawal selia kualiti gas yang dihantar dalam sistem penghantaran gas dan tekanan gas yang dihantar melalui talian paip pengagihan atau sistem perpaipan;

(g)

untuk meningkatkan kecekapan dan ekonomi pemegang lesen atau orang lain untuk mengimport ke terminal penggasan semula, menggunakan terminal penggasan semula, menggaskan semula, mengirim, mengangkut, mengagih, meruncit atau untuk menggunakan gas;

(h)

untuk memastikan bahawa orang awam dilindungi daripada bahaya yang timbul daripada pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas;

(i)

untuk membolehkan pemegang lesen atau orang lain bersaing secara efektif dalam pengimportan ke terminal penggasan semula, penggunaan terminal penggasan semula, pengiriman atau peruncitan gas;

Bekalan Gas (Pindaan)

(j)

untuk menyiasat apa-apa kemalangan atau kebakaran yang melibatkan mana-mana talian paip pengagihan atau sistem perpaipan;

(k)

untuk memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa apa-apa pepasangan, talian paip atau sistem perpaipan;

(l)

untuk menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan audit ke atas pemegang lesen, institusi, pengilang atau pengimport, kontraktor gas atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya; dan

(m)

untuk menjalankan segala aktiviti lain sebagaimana yang didapati oleh Suruhanjaya adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini.

(2)

Fungsi dan tugas Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa dijalankan oleh mana-mana pegawai Suruhanjaya yang dilantik dengan sewajarnya secara bertulis oleh Suruhanjaya bagi maksud sedemikian.”.

Penggantian seksyen 4a