Malaysia legislation

Section 9

of AKTA BEKALAN GAS (PINDAAN) 2016

Seksyen 9

Penggantian seksyen 6

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 6 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 6

(2)

Pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis dengan apa jua pangkat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593] berhubung dengan penyiasatan polis, dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukanlah pengurangan baginya.

(3)

Dalam hal suatu kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana perundangan subsidiarinya atau mana-mana kod, garis panduan atau arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, apabila selesai penyiasatannya, pegawai diberi kuasa hendaklah dengan serta-merta memberi kesemua maklumat yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu kepada pegawai penjaga suatu balai polis dan seseorang pegawai polis boleh, menangkap mana-mana orang yang mungkin telah melakukan suatu kesalahan.

(4)

Dalam hal suatu pelanggaran terhadap mana-mana larangan di bawah Akta ini, apabila selesai penyiasatannya, pegawai diberi kuasa hendaklah dengan serta-merta memberi kesemua maklumat yang berhubungan dengan pelanggaran mana-mana larangan itu kepada Suruhanjaya bagi maksud seksyen 28l dan 28o.”.

Bekalan Gas (Pindaan)

19

Pindaan seksyen 7