Seksyen 7
Penggantian seksyen 4a
of Akta Bekalan Gas (Pindaan) 2016
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4a dengan seksyen yang berikut:
“Pegawai diberi kuasa 4a. (1) Menteri boleh secara bertulis memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan
[Akta 574].
(3)
Dalam menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, apabila diminta, menunjukkan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan, kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri.”.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1515