Malaysia legislation

Section 3

of AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN (PINDAAN) 2019

Seksyen 3

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 3—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“lima ratus” dengan perkataan “lima puluh ribu”;

(b)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan memotong perkataan “dengan sengaja”;

dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “satu ribu” dengan perkataan “satu ratus ribu”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), pihak berkuasa tempatan boleh memberi notis secara bertulis untuk mengarahkan orang itu untuk membetulkan pengalihan, mengambil tempat atau membuat apa-apa perubahan kepada turap, papak atau bahan lain jalan awam atau pagar atau tiang-tiang jalan awam itu atau melaksanakan apa-apa pembaikan bagi kerosakan yang dilakukan pada jalan, siar kaki, jalan kaki lima, kerja atau harta, atau mana-mana bahagiannya.

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang disebut dalam subseksyen (3), pihak berkuasa tempatan pada bila-bila masa selepas habis tempoh masa yang dinyatakan dalam notis boleh dengan sendirinya menyebabkan supaya kerja itu dilakukan dan menuntut kos dan belanjanya daripada orang itu.”.

Pindaan seksyen 70

Section 3 — AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN (PINDAAN) 2019