Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri berhubung dengan sesuatu Negeri, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri itu, melalui pemberitahuan dalam
Warta dan Menteri boleh, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa
Negeri, menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini di kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan atau bahagian-bahagian kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan.
(3)
Akta ini mula berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah
Persekutuan Labuan pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1588
AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN
(PINDAAN) 2019
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1588
yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan melalui pemberitahuan dalam Warta.
(4)
Walau apa pun subseksyen (2), Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta—
(a)
mengecualikan mana-mana bahagian mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan daripada mana-mana peruntukan
Akta ini;
(b)
meluaskan mana-mana atau kesemua peruntukan Akta ini supaya terpakai bagi keseluruhan atau mana-mana kawasan atau bahagian mana-mana kawasan dalam Negeri itu yang bukan di bawah mana-mana pihak berkuasa tempatan; dan
(c)
membuat apa-apa ubah suaian, pindaan atau perubahan kepada peruntukan Akta ini sebagaimana yang perlu bagi maksud pemakaiannya di bawah perenggan (b).
Pindaan seksyen 3