Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Seksyen 85a Akta ibu dipinda—
(a)
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“bangunan” perkataan “dan cerun”;
(b)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan takrif
“pemunya” dengan takrif yang berikut:
‘ “pemunya” ertinya pemunya sesuatu bangunan atau tanah dan berhubung dengan bangunan yang dipecahbahagikan termasuklah—
(a)
pemunya petak bangunan itu;
(b)
mana-mana orang yang bertanggungjawab atas bangunan itu; atau
(c)
badan pengurusan bersama dan perbadanan pengurusan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013
[Akta 757].’;
(c)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dengan memotong perkataan “hanya”; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan “suatu tingkat” perkataan “, dan tanah dengan cerun yang mempunyai kecerunan lebih daripada dua puluh lima darjah dan jumlah ketinggian menegak lebih daripada sepuluh meter, sama ada tanah itu didirikan dengan bangunan atau tidak”;
Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan)
(d)
dalam subseksyen (3)—
(i)
dengan memotong perkataan “pemunya sesuatu bangunan, menghendaki bangunan itu diperiksa”;
(ii)
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) pemunya sesuatu bangunan, menghendaki bangunan itu diperiksa—
(i)
selepas tahun kesepuluh yang bermula dari tarikh perakuan siap dan pematuhan berkenaan dengan bangunan itu dikeluarkan; dan
(ii)
selepas daripada itu pada lat tempoh yang tidak lebih daripada sepuluh tahun dari tarikh penyempurnaan pemeriksaan yang terakhir bangunan itu; dan”; dan
(iii)
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) pemunya tanah dengan cerun, menghendaki cerun itu diperiksa—
(i)
selepas tahun kelima yang bermula dari tarikh pemilikan tanah berkenaan dengan cerun itu; dan
(ii)
selepas daripada itu pada lat tempoh yang tidak lebih daripada lima tahun dari tarikh penyempurnaan pemeriksaan yang terakhir cerun itu.”;
(e)
dalam subseksyen (4)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan “Pemunya sesuatu bangunan” perkataan “atau tanah dengan cerun”; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan “menyebabkan bangunan” perkataan “atau cerun”;
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1588
(f)
dalam subseksyen (5)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “bangunan itu atau menyebabkan bangunan itu” dengan perkataan
“bangunan atau cerun itu atau menyebabkan bangunan atau cerun itu”; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan “pemunya bangunan itu” perkataan “atau tanah dengan cerun itu”;
(g)
dalam subseksyen (6)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan “bangunan”
di mana-mana jua terdapat perkataan “atau cerun”;
(ii)
dalam perenggan (c)—
(A)
dengan menggantikan perkataan “kestabilan atau keutuhan struktur” dengan perkataan
“kestabilan atau keutuhan struktur atau cerun”; dan
(B)
dengan menggantikan perkataan “siasatan struktur” dengan perkataan “siasatan struktur atau cerun”;
(iii)
dalam perenggan (d)—
(A)
dengan menggantikan perkataan “siasatan struktur” dengan perkataan “siasatan struktur atau cerun”;
(B)
dengan menggantikan subperenggan (ii)
dengan subperenggan yang berikut:
“(ii) menyemak pelan struktur bangunan atau cerun itu bersama dengan kiraan struktur atau laporan geoteknikalnya, atau dengan tujuan untuk menentukan apa-apa kekurangan pada unsur struktur bangunan atau cerun itu;”; dan
Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan)
(C)
dengan memasukkan selepas subperenggan (ii)
subperenggan yang berikut:
“(iia) jika pelan struktur, kiraan struktur atau laporan geoteknikal yang disebut dalam subperenggan (ii) tidak boleh didapati, jurutera hendaklah membina semula pelan, kiraan atau laporan itu jika dikehendaki sedemikian oleh pihak berkuasa tempatan, dengan tujuan untuk menentukan apa-apa kekurangan pada unsur struktur bangunan atau cerun itu;”; dan
(iv)
dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan
“siasatan struktur” dengan perkataan “siasatan struktur atau cerun”;
(h)
dalam subseksyen (7)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “siasatan struktur”
dengan perkataan “siasatan struktur atau cerun”;
dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan “bangunan”
di mana-mana jua terdapat perkataan “atau cerun”;
(i)
dalam subseksyen (8), dengan memasukkan selepas perkataan “bangunan” perkataan “atau tanah dengan cerun”;
(j)
dalam subseksyen (10), dengan menggantikan perkataan
“siasatan struktur” dengan perkataan “siasatan struktur atau cerun”; dan
(k)
dalam subseksyen (11), (12) dan (14), dengan memasukkan selepas perkataan “bangunan” di mana-mana jua terdapat perkataan “atau tanah dengan cerun”.
Pindaan seksyen 133