Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Seksyen 13 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam nota bahu dengan memasukkan selepas perkataan
“terlebih bayar” perkataan “atau tersalah bayar”;
(b)
dengan menomborkan semula peruntukan sedia ada sebagai subseksyen (1);
(c)
dalam subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula, dengan menggantikan perkataan “duti eksais”
dengan perkataan “duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain”;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1594
(d)
dalam perenggan (b) proviso kepada subseksyen (1)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “secara bantahan di bawah seksyen 8a” dengan perkataan
“di bawah seksyen 8a, atau sementara menunggu keputusan suatu semakan atau rayuan di bawah seksyen 47”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “selepas keputusan mengenai penjenisan atau penilaian” dengan perkataan “dari tarikh keputusan ke atas penjenisan, penilaian, semakan atau rayuan”; dan
(e)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Suatu tuntutan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong dengan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.”.
Penggantian seksyen 14