Bahagian yang berikut:
“Bahagian XVd
PERUNTUKAN KHAS BERKENAAN DENGAN PANGKOR
Tafsiran 91q.
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Pangkor” ertinya Pulau Pangkor, Pulau Mentagor,
Pulau Giam, Pulau Simpan, Pulau Tukun Terindak,
Pulau Pelanduk, Pulau Anak Pelanduk, Pulau Landak,
Batu Orang Tua dan Batu Jambal;
“kawasan utama kastam” ertinya Malaysia tidak termasuk
Labuan, Langkawi, Tioman dan Pangkor.
Undang-Undang Malaysia 50
Akta A1594
Barang-barang kena duti di Pangkor 91r. Peruntukan Akta ini tidaklah terpakai bagi barang-barang yang dikilang di atau diimport masuk ke dalam Pangkor, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Barang-barang yang dikilang di Pangkor hendaklah disifatkan sebagai dikilang di luar Malaysia 91s. Barang-barang yang tertakluk kepada duti eksais, selain yang disebut dalam seksyen 91r, apabila dikilang di Pangkor hendaklah disifatkan sebagai dikilang di luar Malaysia dan apabila dipindahkan dari Pangkor ke wilayah-wilayah lain dalam Malaysia hendaklah disifatkan sebagai diimport masuk ke wilayah-wilayah itu dan peruntukan Akta Kastam 1967
hendaklah terpakai.
Barang-barang yang dikilang di wilayah-wilayah lain dalam Malaysia hendaklah disifatkan sebagai dieksport apabila dipindahkan ke dalam Pangkor 91t. Barang-barang yang tertakluk kepada duti eksais, selain yang disebut dalam seksyen 91r, yang dikilang di wilayah-wilayah lain di dalam Malaysia apabila dipindahkan ke Pangkor hendaklah disifatkan sebagai dieksport dari wilayah-wilayah itu ke suatu tempat di luar Malaysia bagi maksud seksyen 19 dan perenggan 28(d).
Duti eksais yang berhubungan dengan Pangkor 91u. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini—