Malaysia legislation

Section 12

of AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2019

Seksyen 12

Seksyen 15 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “duti” perkataan “, dsb.”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Apabila—

(a)

disebabkan oleh ketidaksengajaan, kecuaian, kesilapan, pakatan sulit, atau salah tafsiran di pihak mana-mana pegawai eksais, atau disebabkan oleh pernyataan silap mengenai nilai, kuantiti, kualiti atau perihalan oleh mana-mana orang, atau disebabkan oleh apa-apa sebab lain, keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada mana-mana duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini tidak dibayar; atau

(b)

keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu, selepas dibayar, telah, disebabkan oleh apa-apa sebab, dipulangkan balik secara silap, orang yang bertanggungan untuk membayar duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu, atau orang yang kepadanya pemulangan balik itu telah dibuat secara silap, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah membayar kekurangan itu atau membayar balik lebihan amaun yang telah dibayar kepadanya, apabila tuntutan dibuat dalam masa enam tahun dari tarikh duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu kena dibayar, atau kekurangan duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang telah dibayar atau pemulangan balik itu telah dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain bagi mendapatkan balik amaun yang genap masa, apa-apa barang-barang kepunyaan orang yang bertanggungan untuk membayar

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1594

amaun yang genap masa yang mungkin dalam kawalan eksais boleh ditahan sehingga duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain atau kekurangan itu dibayar atau pemulangan balik itu dibayar semula, mengikut mana-mana yang berkenaan.”;

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“mengikut amaun dan pada tarikh” dengan perkataan

“tertakluk kepada apa-apa syarat”;

(d)

dengan menggantikan subseksyen (3), (4) dan (5) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Jika terdapat keingkaran dalam pembayaran apa-apa ansuran di bawah subseksyen (2) pada tarikh genap masanya, keseluruhan baki tertunggak itu hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada tarikh itu dan hendaklah, tanpa apa-apa notis selanjutnya disampaikan kepada orang yang bertanggungan untuk membayar amaun yang genap masa itu, tertakluk kepada surcaj yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada baki tertunggak itu dan surcaj itu boleh didapatkan balik seolah-olah surcaj itu genap masa dan kena dibayar.

(4)

Tiada apa-apa dalam subseksyen (2) dan (3)

boleh menjejaskan pelaksanaan hak dan kuasa di bawah seksyen ini oleh Ketua Pengarah untuk menyita atau, tertakluk kepada subseksyen (5), menjual apa-apa barang-barang di bawah kawalan eksais kepunyaan orang yang bertanggungan untuk membayar duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu bagi mendapatkan balik amaun yang kena dibayar di bawah subseksyen (1), (2) atau (3), atau apa-apa baki tertunggak.

(5)

Jika duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain atau kekurangan, atau pemulangan balik kena dibayar balik itu masih belum dibayar, mengikut mana-mana yang berkenaan, Ketua Pengarah boleh menjual barang-barang itu selepas memberikan notis bertulis tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyitaan kepada pemunya atau ejennya, atau jika nama dan alamat pemunya atau ejen itu tidak diketahuinya, melalui pemberitahuan dalam Warta.”; dan

Eksais (Pindaan)

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:

“(6)  Hasil jualan apa-apa barang-barang di bawah subseksyen (5) hendaklah digunakan bagi pembayaran duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain, atau mendapatkan balik apa-apa amaun atau caj yang mungkin genap masa berkenaan penjualan barang-barang itu, dan lebihannya, jika ada, hendaklah dibayar kepada orang yang bertanggungan untuk membayar amaun yang genap masa di bawah subseksyen (1) dan jika orang itu tidak dijumpai dalam masa satu bulan daripada jualan itu, lebihan itu hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Disatukan.

(7)

Jika semasa jualan apa-apa barang-barang itu tiada tawaran mencukupi didapati untuk menanggung duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar itu atau pemulangan balik yang dibayar secara silap, mengikut mana-mana yang berkenaan, barang-barang itu hendaklah dilucut hak kepada Kerajaan dan hendaklah dilupuskan mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

(8)

Tiada apa-apa dalam subseksyen (1) menghalang

Ketua Pengarah daripada membuat tuntutan pada bila-bila masa selepas enam tahun apabila apa-apa pembayaran duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain tidak dibayar atau kurang dibayar disebabkan oleh apa-apa bentuk fraud atau keingkaran yang dilakukan oleh atau bagi pihak mana-mana orang.

(9)

Jika jualan barang-barang itu dibuat secara lelong, elektronik atau selainnya, lelongan itu hendaklah dijalankan oleh atau dengan kehadiran pegawai kanan eksais.”.

Pindaan seksyen 15a