Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
Seksyen 28 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Pengeluaran barang-barang berduti daripada kawalan eksais”;
(b)
dengan menggantikan perkataan “sesuatu gudang eksais awam atau gudang berlesen” dengan perkataan “suatu gudang berlesen atau suatu gudang atau mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah”; dan
(c)
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) jika barang-barang itu di dalam sesuatu gudang berlesen, suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana tempat lain di bawah kawalan eksais, di bawah apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua
Pengarah—
(i)
adalah untuk dipindahkan ke gudang berlesen lain, suatu gudang atau mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana tempat lain di bawah kawalan eksais; atau
(ii)
adalah untuk pengilangan di tempat lain yang dilesenkan di bawah seksyen 20;
atau”.
Pindaan seksyen 30