Malaysia legislation

Section 2

of AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2019

Seksyen 2

Akta Eksais 1976 [Akta 176], yang disebut “Akta ibu” dalam

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dalam takrif “botol” dengan menggantikan perkataan

“setengah gelen” dengan perkataan “dua liter”;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1594

AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2019

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1594

(ii)

dengan memotong takrif “gudang eksais awam”;

(iii)

dengan memasukkan selepas takrif “import” takrif yang berikut:

‘ “jalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235];’;

(iv)

dengan memasukkan selepas takrif “kapal udara”

takrif-takrif yang berikut:

‘ “kawalan kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta

Kastam 1967;

‘‘kedai bebas cukai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta

Kastam 1967;

“ketetapan umum” ertinya ketetapan umum yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 5f;’;

(v)

dengan memasukkan selepas takrif “lapangan terbang kastam” takrif yang berikut:

‘ “laut” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;’;

(vi)

dalam takrif “liquor bumiputera” dengan memasukkan selepas perkataan “sendiri” perkataan “dan bukan untuk kegunaan komersial”;

(vii)

dalam takrif “pegawai eksais” dengan memotong perenggan (b);

(viii)

dengan menggantikan takrif “pegawai kanan eksais”

dengan takrif yang berikut:

‘ “pegawai kanan eksais” ertinya—

(a)

Ketua Pengarah;

Eksais (Pindaan)

(b)

mana-mana Timbalan Ketua Pengarah

Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967;

(c)

mana-mana Penolong Ketua Pengarah,

Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong

Kanan Pengarah dan Penolong Pengarah

Kastam yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967;

(d)

mana-mana Penguasa Kanan, Penguasa,

Penolong Penguasa Tinggi, Penolong

Penguasa Kanan atau Penolong

Penguasa Kastam yang dilantik di bawah subseksyen 3(4) Akta Kastam 1967;

(e)

mana-mana pegawai eksais yang diberi kuasa seorang pegawai kanan eksais di bawah subseksyen 4(2) atau (3);

(f)

mana-mana pegawai polis yang mempunyai kuasa seorang pegawai kanan eksais menurut seksyen 4a;’;

(ix)

dengan memasukkan selepas takrif “pelabuhan kastam” takrif-takrif yang berikut:

‘ “pemegang lesen” ertinya mana-mana orang yang dilesen di bawah seksyen 25 atau 35;

“pemindahan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;

“pemindahankapal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1)

Akta Kastam 1967;’;

(x)

dengan menggantikan takrif “pemunya” dengan takrif yang berikut:

‘ “pemunya”—

(a)

berkenaan dengan barang-barang, termasuklah mana-mana orang (selain seorang pegawai eksais yang bertugas atas sifat rasminya) yang adalah

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1594

atau mengemukakan dirinya sebagai pemunya, pengimport, pengilang, pemasang, penerima kiriman, ejen atau orang yang memiliki, atau yang mempunyai kepentingan berfaedah atas, atau yang mengawal, atau berkuasa melupuskan, barang-barang itu; dan

(b)

berkenaan dengan tanah, ertinya tuan punya berdaftar atau pemunya di sisi undang-undang atau pemegang melalui pemegangan di sisi adat bagi mana-mana tanah;’;

(xi)

dengan memasukkan selepas takrif “penduduk”

takrif yang berikut:

‘ “pengangkut” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;’;

(xii)

dalam takrif “pengilangan” dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:

“(c)  berhubung dengan petroleum, proses penapisan yang termasuk pemisahan, penukaran, penulenan dan pengadunan aliran penapisan atau aliran petrokimia;

dan”;

(xiii)

dengan memasukkan sebelum takrif “pengilangan”

takrif yang berikut:

‘ “pengilang berlesen” ertinya mana-mana orang yang dilesen di bawah seksyen 20;’;

(xiv)

dengan memotong takrif “pengilang tembakau berlesen”;

(xv)

dengan memasukkan selepas takrif “stesen pemungutan” takrif yang berikut:

‘ “surcaj” ertinya apa-apa caj yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen 15(3);’;

(xvi)

dengan memotong takrif “zon bebas”;

Eksais (Pindaan)

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Bagi maksud Akta ini, suatu zon bebas hendaklah disifatkan sebagai suatu tempat di luar kawasan utama kastam, dan peruntukan Bahagian VII dan VIIIa dan seksyen 76 hendaklah terpakai bagi zon bebas.

(1b)

Bagi maksud subseksyen (1a)—

(a)

“zon bebas” ertinya mana-mana kawasan di dalam Malaysia yang telah diisytihar oleh Menteri sebagai suatu zon perdagangan bebas atau zon perindustrian bebas di bawah

Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438]; dan

(b)

“kawasan utama kastam” ertinya mana-mana bahagian Malaysia tidak termasuk zon bebas, Labuan, Langkawi,

Tioman dan Pangkor.”; dan

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“mana-mana gudang eksais awam, gudang berlesen, pejabat pos, atau dalam mana-mana vesal, teren, kenderaan, kapaludara, talian paip atau tempat” dengan perkataan

“gudang berlesen, suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, pejabat pos, atau di dalam mana-mana pengangkut”.

Pindaan seksyen 4