Malaysia legislation

Section 35

of AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2019

Seksyen 35

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 41b dengan seksyen yang berikut:

“Rekod yang berhubungan dengan perkara eksais 41b.  (1)  Tiap-tiap orang hendaklah menyimpan rekod yang lengkap dan benar yang kemas kini bagi semua transaksi yang menyentuh atau boleh menyentuh tanggungannya atas apa-apa perkara di bawah Akta ini.

(2)

Rekod untuk disimpan termasuklah—

(a)

semua rekod pengimportan dan pengeksportan barang-barang termasuk barang-barang dalam pemindahan dan pemindahankapal;

Eksais (Pindaan)

(b)

semua pembayaran dan rekod bank termasuk surat kredit, permohonan pemindahan dana dan nota debit;

(c)

semua rekod perakaunan, pengurusan dan kewangan;

(d)

rekod jualan dan pembelian termasuk invois, resit, nota debit dan nota kredit;

(e)

rekod perniagaan lain termasuk kontrak atau perjanjian jualan, pengedaran dan royalti;

(f)

carta perakaunan, kod akses, dokumentasi program dan manual arahan sistem;

(g)

rekod inventori; dan

(h)

apa-apa rekod lain yang ditentukan oleh Ketua

Pengarah.

(3)

Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah—

(a)

dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu; dan

(b)

disimpan di Malaysia, kecuali jika diluluskan selainnya oleh Ketua Pengarah dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.

(4)

Jika rekod itu dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod itu hendaklah disimpan dalam apa-apa cara yang membolehkan rekod itu tersedia untuk diakses dan boleh ditukar ke dalam bentuk tulisan.

(5)

Jika rekod itu pada asalnya dalam bentuk kertas dan kemudiannya ditukar ke dalam bentuk elektronik, rekod itu hendaklah dikekalkan dalam bentuk asalnya sebelum pertukaran itu.

(6)

Suatu salinan rekod itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding setakat yang sama dengan rekod itu sendiri.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta A1594

(7)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1),

(2)

, (3), (4) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.

Seksyen baharu 41ba