Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 41b seksyen yang berikut:
“Kehendak untuk menyediakan terjemahan 41ba. (1) Jika seseorang pegawai kanan eksais menyiasat suatu kesalahan menjumpai, menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa barang-barang, rekod, laporan atau dokumen yang keseluruhannya atau sebahagiannya, adalah dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau dalam apa-apa tanda atau kod, pegawai itu boleh, secara lisan atau bertulis, menghendaki orang yang ada milikan, jagaan atau kawalan ke atas barang-barang, rekod, laporan atau dokumen itu sebelumnya untuk mengemukakan kepada pegawai kanan eksais itu suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris dalam suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan olehnya.
(2)
Tiada seorang pun boleh dengan diketahuinya mengemukakan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1)
yang tidak tepat, berfakta dan benar.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1), pegawai kanan eksais itu boleh menghendaki mana-mana orang lain untuk mengemukakan terjemahan itu kepadanya.
(4)
Ketua Pengarah boleh membayar fi yang munasabah kepada orang yang dikehendaki untuk mengemukakan terjemahan di bawah subseksyen (3).”.
Pindaan seksyen 41c