Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
Pindaan seksyen 44
(a)
dalam nota bahu dengan memotong perkataan “yang dilesen”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Bagi maksud Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, mana-mana pegawai kanan eksais hendaklah pada setiap masa mempunyai akses di mana-mana tempat atau premis yang—
(a)
mana-mana pengilang berlesen, pemegang lesen atau pengimport menjalankan perniagaannya; dan
(b)
mana-mana orang yang berurusan dengan pengilang berlesen, pemegang lesen atau pengimport itu menjalankan perniagaannya.”;
(c)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) dia boleh menghendaki pengilang berlesen, pemegang lesen, pengimport atau orang yang disebut dalam perenggan 1(b)
untuk mengemukakan apa-apa buku, data, dokumen, rekod atau benda yang dikehendaki supaya disimpan
Eksais (Pindaan)
29
di bawah peruntukan Akta ini, atau yang berhubungan dengan mana-mana barang-barang berduti;”;
(ii)
dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan
“pengilang atau pengimport atau mana-mana orang yang diambil kerja oleh pengilang atau pengimport itu supaya menjawab soalan-soalan”
dengan perkataan “pengilang berlesen, pemegang lesen, pengimport atau orang yang disebut dalam perenggan 1(b) atau mana-mana orang diambil kerja oleh pengilang berlesen, pemegang lesen, pengimport atau orang yang disebut dalam perenggan 1(b) untuk menjawab soalan dengan benar”; dan
(iii)
dalam perenggan (f), dengan menggantikan perkataan
“pengilang atau pengimport” dengan perkataan
“pengilang berlesen, pemegang lesen, pengimport atau orang yang disebut dalam perenggan 1(b)”;
(d)
dalam subseksyen (3)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “pengimport”
dengan perkataan “pengilang berlesen, pemegang lesen atau pengimport”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “pengimport itu”
dengan perkataan “pengilang berlesen, pelesen atau pengimport itu”; dan
(e)
dengan memasukkan selepas subsekyen (4) subseksyen yang berikut:
“(5) Mana-mana orang yang enggan untuk membenarkan mana-mana pegawai kanan eksais untuk memasuki mana-mana tempat atau premis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.”.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta A1594
Seksyen baharu 44b