Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 44a seksyen yang berikut:
“Perlindungan terhadap saman dan prosiding undang-undang 44b. Tiada tindakan, saman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
mana-mana pegawai eksais;
(b)
mana-mana pegawai polis yang mempunyai kuasa seorang pegawai kanan eksais atau pegawai eksais di bawah seksyen 4a; dan
(c)
mana-mana pegawai yang hak, bagi atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat itu.”.
Pindaan seksyen 46