Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
Pindaan seksyen 51
Seksyen 51 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Jika oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya tidak praktikal untuk mengeluarkan apa-apa barang-barang, dokumen atau benda yang disita di bawah seksyen ini, pegawai eksais boleh, dengan apa-apa cara, mengelak rumah kediaman, kedai atau bangunan lain, tempat, vesel atau kapal udara atau barang-barang, dokumen atau benda dalam rumah kediaman, kedai atau bangunan lain, tempat, vesel atau kapal udara itu dijumpai.
(4)
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecah, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (3) atau mengeluarkan barang-barang, dokumen atau benda yang dilak itu, atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.”.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta A1594
Pindaan seksyen 53a