Malaysia legislation

Section 45

of AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2019

Seksyen 45

Seksyen 53a Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan

“dan” di hujung perenggan itu; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:

“(aa) boleh membuat salinan atau mengambil cabutan dari maklumat berekod atau data berkomputer yang disebut dalam subseksyen (1) yang disifatkannya perlu;

dan”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

atau perenggan (2)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 53b

Section 45 — EXCISE (AMENDMENT) ACT 2019 | mylaw.my