Malaysia legislation
Section 51
Seksyen 51
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 61
seksyen yang berikut:
“Peruntukan keterangan 61a. (1) Bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai eksais yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah yang menjadi sebahagian daripada atau yang dilampirkan kepada maklumat, tuntutan atau pernyataan tuntutan itu, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan dalamnya.
(2)
Jika suatu transkrip mengenai apa-apa butir-butir yang terkandung dalam suatu akuan atau dokumen lain yang berhubungan dengan duti eksais diperaku dengan ditandatangani oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai eksais yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah sebagai suatu salinan benar butir-butir itu, transkrip itu hendaklah menjadi keterangan prima facie sebagai bukti butir-butir itu.
(3)
Tiada pernyataan yang dibuat atau dokumen yang dikemukakan oleh atau bagi pihak mana-mana orang tidak boleh diterima dalam keterangan terhadap orang itu dalam apa-apa prosiding terhadapnya yang seksyen ini terpakai baginya semata-mata oleh sebab bahawa orang itu telah atau mungkin telah didorong untuk membuat pernyataan itu atau mengemukakan dokumen itu atas apa-apa dorongan atau janji yang diberi atau dibuat secara sah oleh mana-mana orang yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi di bawah, atau diambil kerja dalam pentadbiran Akta ini.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan perjalanan kuat kuasa Bab IX Bahagian III Akta Keterangan 1950.
(5)
Bagi maksud perenggan 74(1)(e) dan seksyen 74b dan 74c, jika dalam apa-apa prosiding dibuktikan bahawa apa-apa pernyataan atau catatan palsu telah dibuat dalam apa-apa akuan yang diberikan di bawah Akta ini oleh atau bagi pihak mana-mana orang, atau dalam apa-apa buku akaun atau rekod mana-mana orang—
(a)
orang itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah membuat pernyataan atau catatan palsu itu atau telah menyebabkan pernyataan atau catatan palsu itu dibuat atau telah membenarkan ia dibuat dengan niat untuk mengelak pembayaran duti eksais atau untuk memperoleh suatu pemulangan balik atau pulangan cukai bagi duti eksais yang orang itu tidak berhak kepadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
(b)
mana-mana orang lain yang membuat apa-apa pernyataan atau catatan palsu itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah membuat pernyataan atau catatan palsu itu dengan niat untuk membantu orang
Undang-Undang Malaysia 38
Akta A1594
yang disebut dalam perenggan (a) untuk mengelak pembayaran duti eksais atau untuk memperoleh pemulangan balik atau pulangan cukai bagi duti eksais yang orang yang disebut dalam perenggan (a)
itu tidak berhak kepadanya.
(6)
Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis, jika mana-mana pegawai eksais telah memperoleh apa-apa dokumen atau keterangan lain dalam melaksanakan kuasanya di bawah Akta ini, dokumen atau salinan dokumen itu atau keterangan lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini.
(7)
Jika apa-apa dokumen yang hendak digunakan dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini adalah dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, terjemahan dokumen itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris hendaklah diterima sebagai keterangan jika terjemahan itu disertai dengan suatu perakuan orang yang menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu ialah terjemahan yang tepat, benar dan betul dan terjemahan itu telah dibuat oleh orang itu atas kehendak mana-mana pegawai eksais.
(8)
Subseksyen (7) hendaklah terpakai bagi suatu dokumen yang diterjemahkan, tidak kira sama ada dokumen itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada terjemahan itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada milikan dokumen itu telah diperoleh oleh mana-mana pegawai eksais di dalam atau di luar Malaysia.”.
Pindaan seksyen 62