Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 69 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seksyen 69
(a)
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari di bawahnya sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun;
(b)
kriteria untuk mengkompaun kesalahan itu; dan
(c)
cara dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.
(2)
Mana-mana pegawai kanan eksais boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah
Akta ini dan ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu.
(3)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa–apa pendakwaan ke atasnya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.
Eksais (Pindaan)
(5)
Apabila amaun wang itu dibayar dan jika apa-apa barang-barang telah disita dan barang-barang itu—
(a)
ialah barang-barang berduti kilangan tempatan, barang-barang itu atau amaun yang dijamin di bawah perenggan 55(1)(a) atau (b) atau amaun yang dihasilkan melalui jualan di bawah perenggan 55(1)(c), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dilucut hak dan tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap barang-barang itu;
(b)
ialah barang-barang import berduti, barang-barang itu atau amaun yang dijamin di bawah perenggan 55(1)(a)
atau (b) atau amaun yang dihasilkan melalui jualan di bawah perenggan 55(1)(c), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dilucut hak melainkan jika duti eksais yang kena dibayar telah dibayar dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pembayaran amaun wang itu.
(6)
Walau apa pun perenggan (5)(a), Ketua Pengarah boleh atas permohonan orang itu melepaskan barang-barang itu atau memulangkan amaun yang dihasilkan melalui jualan, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila dibayar amaun wang itu dan atas terma dan syarat-syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.”.
Seksyen baharu 69a