Malaysia legislation

Section 61

of AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2019

Seksyen 61

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 74

seksyen yang berikut:

“Penalti bagi kesalahan yang berhubungan dengan data yang disimpan dalam komputer 74a.  (1)  Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang diberikan oleh Ketua Pengarah—

(a)

memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data yang disimpan dalam, atau digunakan berkaitan dengan, suatu komputer;

(b)

memasukkan ke dalam, atau merekod atau menyimpan di dalam, suatu komputer dengan apa-apa cara data bagi maksud—

(i)

memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data lain yang disimpan dalam komputer itu; atau

(ii)

mengusik, mengganggu atau menghalang penggunaan sah komputer itu, atau data yang disimpan di dalam komputer itu; atau

(c)

dengan cara lain menggunakan komputer, yang maksud atau kesannya adalah untuk mengurangkan, mengelak atau lari daripada apa-apa tanggungan terhadap duti eksais, yang dikenakan atau yang sepatutnya dikenakan oleh Akta ini, atau untuk menggagalkan mana-mana peruntukan Akta ini

Eksais (Pindaan)

45

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2)

Dalam seksyen ini, “data” termasuklah apa-apa program komputer atau sebahagian daripada suatu program komputer.

Penalti bagi kesalahan yang berhubungan dengan tuntutan pulangan cukai 74b.  Mana-mana orang yang memperoleh, atau melakukan apa-apa yang membolehkan mana-mana orang lain memperoleh, apa-apa amaun melalui pulangan cukai apa-apa duti eksais berkenaan dengan apa-apa barang-barang yang tidak dibayar atau dibenarkan secara sah mengenainya, atau yang lebih tinggi daripada amaun yang dibayar atau dibenarkan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga kali ganda amaun duti itu atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Penalti bagi kesalahan yang berhubungan dengan tuntutan pemulangan balik 74c.  Mana-mana orang yang memperoleh, atau melakukan apa-apa yang membolehkan mana-mana orang lain memperoleh, pemulangan balik apa-apa wang di bawah perenggan 11(2)(b)

atau seksyen 13, bagi apa-apa amaun melebihi amaun yang sepatutnya dipulang balik, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga kali ganda amaun melebihi amaun yang sepatutnya dipulangkan balik itu atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 75