Malaysia legislation
Section 79
Seksyen 79
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian XVc
Bahagian yang berikut:
“Bahagian XVd
PERUNTUKAN KHAS BERKENAAN DENGAN PANGKOR
Tafsiran 91q.
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Pangkor” ertinya Pulau Pangkor, Pulau Mentagor,
Pulau Giam, Pulau Simpan, Pulau Tukun Terindak,
Pulau Pelanduk, Pulau Anak Pelanduk, Pulau Landak,
Batu Orang Tua dan Batu Jambal;
“kawasan utama kastam” ertinya Malaysia tidak termasuk
Labuan, Langkawi, Tioman dan Pangkor.
Undang-Undang Malaysia 50
Akta A1594
Barang-barang kena duti di Pangkor 91r. Peruntukan Akta ini tidaklah terpakai bagi barang-barang yang dikilang di atau diimport masuk ke dalam Pangkor, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Barang-barang yang dikilang di Pangkor hendaklah disifatkan sebagai dikilang di luar Malaysia 91s. Barang-barang yang tertakluk kepada duti eksais, selain yang disebut dalam seksyen 91r, apabila dikilang di Pangkor hendaklah disifatkan sebagai dikilang di luar Malaysia dan apabila dipindahkan dari Pangkor ke wilayah-wilayah lain dalam Malaysia hendaklah disifatkan sebagai diimport masuk ke wilayah-wilayah itu dan peruntukan Akta Kastam 1967
hendaklah terpakai.
Barang-barang yang dikilang di wilayah-wilayah lain dalam Malaysia hendaklah disifatkan sebagai dieksport apabila dipindahkan ke dalam Pangkor 91t. Barang-barang yang tertakluk kepada duti eksais, selain yang disebut dalam seksyen 91r, yang dikilang di wilayah-wilayah lain di dalam Malaysia apabila dipindahkan ke Pangkor hendaklah disifatkan sebagai dieksport dari wilayah-wilayah itu ke suatu tempat di luar Malaysia bagi maksud seksyen 19 dan perenggan 28(d).
Duti eksais yang berhubungan dengan Pangkor 91u. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini—
(a)
tiada duti eksais kena dibayar ke atas apa-apa barang-barang yang diimport masuk ke dalam
Pangkor, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
Eksais (Pindaan)
(b)
duti eksais hendaklah kena dibayar atas semua barang-barang berduti yang diangkut ke kawasan utama kastam dari Pangkor seolah-olah pengangkutan ke kawasan utama kastam itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia; dan
(c)
Menteri boleh, melalui perintah, menetapkan erti perkataan “nilai” berhubung dengan barang-barang yang diangkut dari Pangkor ke kawasan utama kastam.
(2)
Subseksyen 6(2), (3), (4) dan (5) hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a).
(3)
Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menjadikan tidak terpakai bagi Pangkor apa-apa duti eksais lain yang boleh ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 6(1).
Pengangkutan barang-barang ke atau dari Pangkor dari atau ke kawasan utama kastam 91v. Jika barang-barang diangkut—
(a)
dari Pangkor ke kawasan utama kastam; atau
(b)
dari kawasan utama kastam ke Pangkor, peruntukan Akta ini hendaklah, dengan apa-apa ubah suaian dan penyesuaian yang perlu, terpakai seolah-olah barang-barang itu telah diimport ke dalam atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dieksport dari, kawasan utama kastam dari atau ke suatu tempat di luar Malaysia, dan tanpa menjejaskan keluasan makna di atas, peruntukan Bahagian X hendaklah terpakai bagi barang-barang yang diangkut ke atau dari Pangkor dari atau ke kawasan utama kastam dan bagi orang, kenderaan, vesel dan kapal udara yang mengangkut barang-barang itu.
Undang-Undang Malaysia 52
Akta A1594
Akuan mengenai barang-barang yang diangkut dari
Pangkor ke kawasan utama kastam 91w. Orang yang menjaga mana-mana kenderaan, vesel atau kapal udara yang di dalamnya barang-barang diangkut dari Pangkor ke kawasan utama kastam hendaklah membuat suatu akuan yang pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan dengan memberikan butir-butir barang-barang yang diangkut dalam kenderaan, vesel atau kapal udara itu.
Barang-barang berduti hendaklah disifatkan sebagai tidak berduti semasa berada di Pangkor 91x. Apa-apa barang-barang berduti, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91u(1)(a)
hendaklah, semasa berada di Pangkor, disifatkan sebagai barang-barang tidak berduti dan peruntukan Akta ini hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Pemungutan duti di Pangkor 91y.
Dalam membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 85 Menteri boleh memperuntukkan—
(a)
bagi pemungutan di Pangkor duti eksais yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barang yang diangkut atau hampir hendak diangkut dari atau ke Pangkor ke atau dari kawasan utama kastam;
(b)
bagi batasan atau sekatan kenderaan, vesel dan kapal udara yang boleh digunakan untuk mengangkut barang-barang itu; dan
(c)
bagi pelesenan atau pengawalan orang atau kenderaan, vesel atau kapal udara yang mengangkut barang-barang itu.
Eksais (Pindaan)
53
Pemakaian peruntukan yang berhubungan dengan pulangan cukai bagi barang-barang yang diangkut ke Pangkor 91z. Peruntukan yang berhubungan dengan pulangan cukai di bawah Akta ini hendaklah terpakai bagi barang-barang, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91u(1)(a), yang diangkut dari kawasan utama kastam ke Pangkor seolah-olah barang-barang itu telah dieksport semula.”.
Kecualian