Malaysia legislation

Section 10

of AKTA PERIKANAN (PINDAAN) 2019

Seksyen 10

Seksyen 31 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“mana-mana pegawai perikanan boleh” dengan perkataan

“Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis

Pendakwa Raya, membuat tawaran untuk”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Suatu tawaran di bawah subseksyen (1)

boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh

Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(1b)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.”;

(c)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen 11(3),” perkataan “11(3a),”; dan

Perikanan (Pindaan)

(d)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “mana-mana pegawai perikanan” dengan perkataan

“Ketua Pengarah”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan

“subseksyen 11(3)” perkataan “atau 11(3a)”.

Pindaan seksyen 52