Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan tajuk panjang
/akn/my/act/amendment_act/2019/A1601
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERIKANAN (PINDAAN) 2019 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1601 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan tajuk panjang
Akta Perikanan 1985 [Akta 317], yang disebut “Akta ibu”
dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang—
dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan
Malaysia,” perkataan “dan pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas;”; dan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1601
AKTA PERIKANAN (PINDAAN) 2019
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1601
dengan memasukkan selepas perkataan “Malaysia” koma bernoktah.
Pindaan mukadimah
Akta ibu dipinda dalam mukadimah dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia” perkataan “dan pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas;”.
Pindaan seksyen 1
Subseksyen 1(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia” perkataan “, dan di laut lepas berkenaan dengan mana-mana vesel penangkapan ikan tempatan”.
Pindaan seksyen 3
Subseksyen 3(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia,” perkataan
“dan pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas,”.
Pindaan seksyen 8
Seksyen 8 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia” perkataan “atau di laut lepas,”.
Pindaan seksyen 11
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia” perkataan
“atau di laut lepas”;
Perikanan (Pindaan)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Mana-mana orang di laut lepas yang—
mengendali, atau membenarkan untuk dikendalikan, apa-apa peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa suatu lesen berkenaan dengannya;
mempunyai di bawah kawalannya atau dalam milikannya apa-apa peralatan menangkap ikan tanpa suatu lesen berkenaan dengannya;
atau
memasang, atau menyebabkan dipasang, apa-apa peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.”; dan
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“subseksyen (3)” dengan perkataan “subseksyen (3)
dan (3a)”.
Pindaan seksyen 14a
Seksyen 14a Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia” perkataan “atau di laut lepas”.
Pindaan seksyen 25
dengan menggantikan perkataan “sejuta ringgit”
dengan perkataan “enam juta ringgit”; dan
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1601
dengan menggantikan perkataan “seratus ribu ringgit” dengan perkataan “enam ratus ribu ringgit”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:
“(aa) jika vesel yang berkenaan itu ialah vesel penangkapan ikan tempatan dan kesalahan itu dilakukan di laut lepas, dikenakan denda tidak melebihi empat juta ringgit;”.
Pindaan seksyen 31
Seksyen 31 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“mana-mana pegawai perikanan boleh” dengan perkataan
“Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis
Pendakwa Raya, membuat tawaran untuk”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1)
boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh
Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.”;
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen 11(3),” perkataan “11(3a),”; dan
Perikanan (Pindaan)
dengan menggantikan perkataan “mana-mana pegawai perikanan” dengan perkataan
“Ketua Pengarah”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan
“subseksyen 11(3)” perkataan “atau 11(3a)”.
Pindaan seksyen 52
Perenggan 52(1)(a) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen 11(3),” perkataan “11(3a),”.
Pindaan seksyen 61
dengan memasukkan selepas perkataan “berkenaan dengan industri yang berkaitan,” perkataan “mengenai pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas,”; dan
dalam perenggan (m), dengan memasukkan selepas perkataan
“pelesenan” perkataan “, pemantauan, pengawalan dan pengawasan”.