Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Seksyen 39 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Menghalang orang daripada meninggalkan Malaysia tanpa membayar caruman”;
Undang-Undang Malaysia 6
(b)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) Jika ketua pegawai eksekutif mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang hendak atau berkemungkinan akan meninggalkan Malaysia tanpa membayar mana-mana caruman yang tertunggak dan kena dibayar di bawah Akta ini, ketua pegawai eksekutif boleh mengeluarkan kepada
Ketua Pengarah Imigresen suatu perakuan yang mengandungi butir-butir mengenai orang itu dan caruman yang tertunggak dan kena dibayar dengan permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan
Malaysia, melainkan jika dia membayar caruman yang tertunggak dan kena dibayar itu, atau mengemukakan jaminan sehingga memuaskan hati ketua pegawai eksekutif bagi pembayarannya.”;
(ii)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“pembuangan negeri atau imigresen, Ketua Polis
Negara atau” dengan perkataan “imigresen,”; dan
(iii)
dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan
“wang yang kena dibayar” dengan perkataan
“caruman yang tertunggak dan kena dibayar”;
(c)
dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan
“, pegawai polis”; dan
(d)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Mana-mana orang yang, mengetahui bahawa suatu perakuan telah dikeluarkan berkenaan dengannya di bawah subseksyen (1), meninggalkan Malaysia tanpa membayar semua caruman yang tertunggak dan kena dibayar yang dinyatakan dalam perakuan itu atau mengemukakan jaminan sehingga memuaskan hati ketua pegawai eksekutif bagi pembayarannya melakukan suatu
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan)
7
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “caruman” termasuklah apa-apa dividen atau caj lewat bayar yang kena dibayar ke atas mana-mana caruman.”.
Pindaan seksyen 43