Jadual Kelapan, seseorang ahli Kumpulan Wang boleh memilih
Undang-Undang Malaysia 8
untuk memindahkan carumannya pada kadar yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang merupakan isteri atau isteri-isterinya yang sah.
(2) Seorang ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya hendaklah membuat suatu permohonan kepada Lembaga dengan mengemukakan apa-apa butir atau dokumen, dan mengikut apa-apa cara, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(3) Selepas menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (2), Lembaga hendaklah memindahkan caruman ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang dipilihnya secara bulanan atau mengikut apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Lembaga tertakluk kepada caruman yang ada dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang membuat pemilihan itu.
Penghentian pemindahan caruman 53e. (1) Apabila berlakunya mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan berhubung dengan suatu pemindahan caruman, ahli Kumpulan Wang yang telah memilih untuk memindahkan carumannya di bawah seksyen 53d boleh memohon kepada Lembaga untuk menghentikan pemindahan itu.
(2) Suatu permohonan bagi penghentian pemindahan caruman di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada
Lembaga dengan mengemukakan apa-apa butir atau dokumen, dan mengikut apa-apa cara, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(3) Selepas menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (2), Lembaga hendaklah menghentikan pemindahan caruman itu.
(4) Apa-apa amaun yang telah dipindahkan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan sebelum tarikh penghentian pemindahan caruman itu hendaklah dikekalkan dalam akaun ahli Kumpulan Wang itu.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan)
9
Pemindahan semula caruman 53f.
Jika caruman di bawah seksyen 53d telah dipindahkan secara silap, Lembaga boleh memindahkan semula caruman itu, termasuk apa-apa dividen, ke dalam akaun ahli Kumpulan
Wang yang telah memilih untuk memindahkan caruman itu, tertakluk kepada amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan
Wang yang telah menerima caruman yang dipindahkan secara silap itu.”.
Pindaan seksyen 55a
9. Subseksyen 55a(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Perenggan 54(1)(c), (e) dan subseksyen” dengan perkataan “Subseksyen”.
Pindaan seksyen 55b
10. Seksyen 55B Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Seksyen ini tidak terpakai bagi ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun yang tergolong dalam kategori ahli Kumpulan Wang di bawah perenggan 54(1)(c) atau (e) atau perenggan 70c(1)(b) atau (c).”.
Jadual baharu Kelapan
11. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Ketujuh jadual yang berikut:
“Jadual Kelapan
[Seksyen 53d dan 53e]
PEMILIHAN OLEH AHLI KUMPULAN WANG UNTUK MEMINDAHKAN
CARUMANNYA
Pemindahan caruman ahli Kumpulan Wang ke dalam akaun ahli Kumpulan
Wang yang lain yang merupakan isteri atau isteri-isterinya yang sah
(1) Tertakluk kepada kriteria yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2) jadual yang berikut, seseorang ahli Kumpulan Wang boleh memilih untuk memindahkan carumannya pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (3)
Undang-Undang Malaysia 10
ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang merupakan isteri atau isteri-isterinya yang sah dan perkahwinan mereka telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia.
(2) Pemindahan caruman boleh dihentikan oleh ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya apabila berlakunya mana-mana hal keadaan yang berikut:
(a) pembubaran perkahwinan antara ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya dengan ahli Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan itu;
(b) kematian ahli Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan itu.
(1)
Kriteria ahli
Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya
(2)
Kriteria ahli
Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan
(3)
Kadar caruman yang akan dipindahkan
”.
Ahli Kumpulan Wang itu—
(a) merupakan warganegara
Malaysia atau bukan warganegara
Malaysia; dan
(b) menerima caruman majikan secara bulanan
Ahli Kumpulan
Wang itu merupakan warganegara
Malaysia 2%
caruman x pekerja 11%
ahli
Kumpulan
Wang yang memilih untuk memindahkan caruman itu
Jumlah caruman yang termasuk wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit yang berikutnya