Malaysia legislation

Section 10

of AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2020

Seksyen 10

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 17b seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk tidak mengambil kira transaksi tertentu 17c.  (1)  Ketua Pengarah boleh, tanpa menjejaskan kesahannya dalam apa-apa keadaan lain atau bagi apa-apa maksud lain, tidak mengambil kira atau mengubah transaksi itu dan membuat pelarasan yang difikirkannya patut, termasuk pengiraan atau pengiraan semula keuntungan yang boleh dikenakan cukai, atau pengenaan liabiliti kepada cukai, atau membuat taksiran atau taksiran tambahan berkenaan dengan mana-mana orang setakat yang perlu berbangkit daripada penjalanan kuasanya, dengan tujuan untuk mengurangkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada kesan langsung atau tidak langsung transaksi itu, jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana transaksi mempunyai kesan langsung atau tidak langsung bagi—

(a)

mengubah beban cukai yang kena dibayar atau yang ditanggung oleh atau yang sebaliknya telah kena dibayar oleh mana-mana orang atau ditanggung oleh mana-mana orang;

(b)

melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa liabiliti yang telah timbul atau yang akan selainnya timbul untuk membayar cukai atau membuat suatu penyata;

(c)

melarikan diri atau mengelak daripada apa-apa kewajipan atau liabiliti yang dikenakan atau yang akan selainnya telah dikenakan ke atas mana-mana orang oleh Akta ini; atau

(d)

menghalang atau mencegah pelaksanaan Akta ini dalam apa-apa jua cara.

(2)

Dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini,

Ketua Pengarah boleh melalui notis menghendaki mana-mana orang untuk membayar kepadanya dalam masa yang dinyatakan dalam notis amaun cukai yang akan ditolak oleh orang itu di bawah Akta ini berbangkit daripada penjalanan kuasa

Ketua Pengarah itu.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1614

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1)

dan (2), kuasa Ketua Pengarah yang diberikan oleh seksyen ini hendaklah diperluaskan—

(a)

kepada pengenaan cukai ke atas mana-mana orang yang jika tidak kerana apa-apa pelarasan yang dibuat menurut seksyen ini tidak akan dikenakan cukai atau tidak akan dikenakan cukai setakat yang sama; dan

(b)

kepada pengenaan jumlah cukai yang lebih besar daripada yang boleh dikenakan jika tidak kerana apa-apa pelarasan.

(4)

Jika berbangkit daripada apa-apa pelarasan yang dibuat di bawah seksyen ini suatu taksiran dibuat, hak untuk pembayaran balik ditolak atau penyata cukai pembayaran balik dikehendaki, butir-butir pelarasan hendaklah diberikan dengan notis taksiran, dengan notis penolakan pembayaran balik atau dengan notis menghendaki penyata pembayaran balik, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

Transaksi—

(a)

antara orang yang seorang daripadanya mempunyai kawalan ke atas yang lain; atau

(b)

antara orang yang kedua-duanya dikawal oleh orang yang lain, hendaklah disifatkan sebagai transaksi daripada jenis yang subseksyen (1) terpakai jika pada pendapat Ketua Pengarah transaksi itu tidak dibuat berdasarkan terma yang dijangkakan dibuat secara adil oleh orang bebas yang terlibat dalam aktiviti yang sama atau serupa berurusan antara satu sama lain yang bebas daripada pengaruh.

(6)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

seseorang dianggap mempunyai kawalan ke atas yang lain dengan cara yang sama sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 139 Akta Cukai

Pendapatan 1967 setakat mana seksyen itu terpakai dan dengan ubah suaian yang perlu; dan

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan)

(b)

“transaksi” ertinya apa-apa amanah, pemberian, waad, perjanjian, perkiraan atau pelupusan lain atau transaksi yang dibuat atau dibuat secara lisan atau bertulis, sama ada sebelum atau selepas mula berkuat kuasanya Akta ini, dan termasuklah suatu transaksi yang dibuat oleh dua orang atau lebih dengan seorang atau beberapa orang lain.

Kuasa untuk menggantikan harga transaksi tertentu 17d.  (1)  Seksyen ini hendaklah terpakai walau apa pun seksyen 17c dan tertakluk kepada apa-apa peraturan yang ditetapkan di bawah Akta ini.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), jika seseorang dalam tahun asas bagi suatu tahun taksiran membuat suatu transaksi dengan orang berkaitan bagi tahun itu untuk pemerolehan atau pembekalan harta atau perkhidmatan, maka, bagi segala maksud Akta ini, orang itu hendaklah menentukan dan menggunakan harga yang bebas daripada pengaruh untuk pemerolehan atau pembekalan itu.

(3)

Jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa apa-apa harta atau perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (2) diperoleh atau dibekalkan pada harga yang sama ada kurang daripada atau lebih daripada harga yang dijangkakan untuk ditawarkan jika pihak-pihak kepada transaksi itu adalah orang yang bebas yang berurusan bebas daripada pengaruh, Ketua Pengarah boleh dalam menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi orang itu, menggantikan harga berkenaan dengan transaksi itu untuk mencerminkan harga yang bebas daripada pengaruh bagi transaksi itu.

(4)

Transaksi yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah ditafsirkan sebagai transaksi antara—

(a)

orang yang seorang daripadanya mempunyai kawalan ke atas yang lain; atau

(b)

orang yang kedua-duanya dikawal oleh orang yang lain, dalam seksyen ini disebut sebagai “orang ketiga”.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1614

(5)

Tanpa menjejaskan keluasan makna perenggan 17c(6)(a), bagi maksud subseksyen (4), “kawalan” merujuk kepada orang yang seorang daripadanya memiliki syer orang lain, atau orang ketiga yang memiliki syer kedua-dua orang, yang peratusan modal syer yang dipegang dalam mana-mana satu keadaan ialah dua puluh peratus atau lebih dan—

(a)

urusan perniagaan orang itu bergantung kepada hak tuan punya, seperti paten, pengetahuan teknologi bukan paten, cap dagangan atau hak cipta, yang disediakan oleh orang lain atau orang ketiga;

(b)

aktiviti perniagaan seperti belian, jualan, penerimaan perkhidmatan, penyediaan perkhidmatan, oleh orang itu yang ditentukan oleh orang lain, dan harga dan syarat-syarat lain yang berhubungan dengan pembekalan dipengaruhi oleh orang lain atau orang ketiga; atau

(c)

jika seorang atau lebih pengarah atau ahli lembaga pengarah orang itu dilantik oleh orang lain atau orang ketiga.

(6)

Dalam seksyen ini “transaksi” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah perenggan 17c(6)(b).”.

Seksyen baharu 22b, 22c, 22d, 22e dan 22f