Jika pada pendapat Ketua Pengarah adalah perlu bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai daripada perniagaan bagi apa-apa tempoh untuk memeriksa mana-mana buku, akaun atau rekod yang disimpan selain dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, Ketua
Pengarah boleh secara bertulis menghendaki mana-mana orang yang menjalankan perniagaan semasa tempoh itu untuk mengemukakan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis, suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa
Inggeris buku, akaun atau rekod itu.
Kewajipan untuk menyimpan dokumen bagi menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar 22e. (1) Tiap-tiap orang yang dikehendaki untuk mengemukakan penyata keuntungannya bagi suatu tahun taksiran di bawah
Akta ini hendaklah menyimpan dan mengekalkan dalam jagaan selamat dokumen mencukupi bagi tempoh tujuh tahun dari tamat tahun taksiran itu bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar olehnya.