Malaysia legislation

Section 11

of AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2020

Seksyen 11

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 22a seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk meminta penyata spesifik atau pengemukaan buku 22b. Bagi maksud untuk mendapatkan maklumat penuh bagi menentukan sama ada atau tidak seseorang boleh dikenakan cukai atau bagi menentukan liabilitinya, Ketua Pengarah boleh melalui notis secara bertulis menghendaki orang itu atau mana-mana orang lain—

(a)

untuk melengkapkan dan menghantar serah kepada

Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis, apa-apa penyata yang dinyatakan dalam notis;

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan)

(b)

untuk hadir sendiri di hadapan Ketua Pengarah dan mengemukakan untuk diperiksa semua buku, akaun, penyata dan dokumen lain yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah;

(c)

untuk menyediakan penyata mengikut perenggan (a)

dan untuk juga hadir menurut perenggan (b); atau

(d)

untuk memberikan secara bertulis apa-apa maklumat atau butir-butir yang difikirkan perlu oleh

Ketua Pengarah.

Kuasa untuk meminta penyata akaun bank, dsb.

Quoted provision

Seksyen 22c

Ketua Pengarah boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan dalam masa yang dinyatakan dalam notis, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis, suatu pernyataan yang mengandungi butir-butir mengenai—

(a)

semua akaun bank, yang merupakan akaun yang sedia ada atau telah ada pada bila-bila masa dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis,—

(i)

atas namanya sendiri atau nama isteri atau anak tanggungannya atau secara bersesama atas apa-apa nama itu;

(ii)

yang dia berkepentingan atau telah berkepentingan sama ada secara bersesama atau berasingan;

atau

(iii)

yang orang itu berkuasa atau telah berkuasa untuk menggunakan secara bersesama atau berasingan;

(b)

semua akaun simpanan dan pinjaman, deposit, akaun syarikat bangunan dan akaun syarikat kerjasama yang mengenainya orang itu ada atau telah mempunyai apa-apa kepentingan atau kuasa untuk menggunakannya secara bersesama atau berasingan dalam tempoh itu;

Undang-Undang Malaysia 16

Akta A1614

(c)

semua aset yang orang itu dan mana-mana isteri atau anak tanggungannya sedang dimiliki atau telah dimiliki dalam tempoh itu;

(d)

semua hasil orang itu dan pendapatan kasar berpunca daripada hasil itu; dan

(e)

semua fakta mengenai tanggungannya terhadap cukai pada masa itu atau pada masa lepas.

Kuasa untuk mengakses bangunan dan dokumen, dsb.

Quoted provision

Seksyen 22d

(2)

Jika Ketua Pengarah menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), penghuni tanah, bangunan dan tempat itu hendaklah menyediakan kepada Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa segala kemudahan dan bantuan yang munasabah untuk menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini.

(3)

Ketua Pengarah boleh mengambil milikan mana-mana buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda yang Ketua

Pengarah itu mempunyai akses di bawah subseksyen (1) jika pada pendapatnya—

(a)

pemeriksaan buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda itu, menyalinnya atau membuat cabutan daripadanya tidak dapat dijalankan dengan munasabah tanpa mengambil milikan terhadapnya;

(b)

buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda itu boleh diganggu atau dimusnahkan melainkan Ketua

Pengarah mengambil milikan terhadapnya; atau

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan)

(c)

buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda itu mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dimulakan di bawah atau berkenaan dengan Akta ini.

(4)

Suatu senarai semua benda yang disita dalam menjalankan suatu penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini dan tempat di mana benda itu masing-masing dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai yang membuat penggeledahan itu dan ditandatangani olehnya.

(5)

Jika pada pendapat Ketua Pengarah adalah perlu bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai daripada perniagaan bagi apa-apa tempoh untuk memeriksa mana-mana buku, akaun atau rekod yang disimpan selain dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, Ketua

Pengarah boleh secara bertulis menghendaki mana-mana orang yang menjalankan perniagaan semasa tempoh itu untuk mengemukakan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis, suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa

Inggeris buku, akaun atau rekod itu.

Kewajipan untuk menyimpan dokumen bagi menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar 22e. (1)  Tiap-tiap orang yang dikehendaki untuk mengemukakan penyata keuntungannya bagi suatu tahun taksiran di bawah

Akta ini hendaklah menyimpan dan mengekalkan dalam jagaan selamat dokumen mencukupi bagi tempoh tujuh tahun dari tamat tahun taksiran itu bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar olehnya.

(2)

Jika orang yang disebut dalam subseksyen (1) tidak mengemukakan suatu penyata yang dikehendaki di bawah

Akta ini bagi suatu tahun taksiran, orang itu hendaklah menyimpan dan memegang simpan dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) yang berhubung dengan tahun taksiran itu bagi tempoh tujuh tahun selepas tamat tahun penyata itu dikemukakan.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta A1614

(3)

Ketua Pengarah boleh mengetepikan semua atau mana-mana kehendak di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan apa-apa keuntungan.

(4)

Mana-mana orang yang dikehendaki oleh seksyen ini untuk menyimpan dokumen dan—

(a)

berbuat demikian secara elektronik, hendaklah mengekalkan dokumen itu dalam format elektronik yang boleh dibaca dan hendaklah menyimpan dokumen itu mengikut cara yang sebegitu rupa untuk membolehkan dokumen itu mudah diakses dan boleh ditukar ke dalam bentuk tulisan; atau

(b)

telah pada asalnya menyimpan dokumen dalam bentuk manual dan kemudiannya menukarkan dokumen itu ke dalam bentuk elektronik, hendaklah mengekalkan dokumen itu sebelum ditukarkan dalam bentuk asalnya.

(5)

Semua dokumen yang berhubungan dengan apa-apa keuntungan di Malaysia hendaklah disimpan dan dikekalkan di Malaysia.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “dokumen” ertinya—

(a)

penyata keuntungan; dan

(b)

invois, baucar, resit dan apa-apa dokumen lain yang perlu untuk menentusahkan butiran dalam penyata.

Pendakwaan 22f. Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis

Pendakwa Raya.”.

Pindaan seksyen 23