Malaysia legislation

Section 4

of AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2020

Seksyen 4

Seksyen baharu 3b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 3a seksyen yang berikut:

“Pemastautin 3b. Bagi maksud perkiraan percukaian dua kali yang dibuat di bawah seksyen 132 Akta Cukai Pendapatan 1967—

(a)

suatu entiti Labuan yang menjalankan perniagaan atau perniagaan-perniagaan adalah bermastautin di Malaysia bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika pada bila-bila masa dalam tempoh asas itu pengurusan dan kawalan perniagaannya atau mana-mana satu perniagaannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dijalankan di Malaysia; dan

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan)

(b)

mana-mana entiti Labuan yang lain adalah bermastautin di Malaysia bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika pada bila-bila masa semasa tempoh asas itu pengurusan dan kawalan hal ehwalnya dijalankan di Malaysia oleh pengarahnya, pekongsinya, pemegang amanahnya atau pihak berkuasa pengawal lain.”.

Pindaan seksyen 4