Malaysia legislation

Section 7

of AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2020

Seksyen 7

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6

seksyen yang berikut:

“Borang dan membuat taksiran 6a.  (1) Suatu taksiran yang dibuat di bawah seksyen 6

hendaklah—

(a)

dibuat dalam borang yang ditetapkan yang berkenaan;

(b)

menunjukkan, tambahan kepada apa-apa bahan lain yang termasuk di dalamnya, tahun taksiran yang berkenaan dan amaun atau amaun tambahan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang dikenakan atau amaun cukai atau cukai tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(c)

menyatakan dalam ruangan yang berkenaan dalam borang itu tarikh borang itu telah dilengkapkan.

(2)

Jika borang di bawah subseksyen (1) didapati telah dilengkapkan dengan sewajarnya, taksiran itu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, dianggap telah dibuat pada tarikh yang dinyatakan.

Notis taksiran 6b.  (1)  Dengan secepat yang boleh selepas suatu taksiran dibuat di bawah seksyen 6, Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan suatu notis taksiran disampaikan, secara ke diri atau melalui pos ke atas entiti Labuan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan orang yang baginya taksiran itu dibuat.

(2)

Jika cukai yang dikenakan di bawah suatu taksiran dinaikkan atas rayuan kepada Pesuruhjaya Khas atau suatu mahkamah, maka, secepat yang boleh selepas rayuan diputuskan hendaklah disampaikan, secara ke diri atau melalui pos ke atas entiti Labuan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan orang yang baginya suatu taksiran dibuat suatu notis taksiran tambahan.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1614

(3)

Notis yang disampaikan di bawah subseksyen (1)

atau (2) hendaklah menunjukkan, sebagai tambahan kepada apa-apa bahan lain yang termasuk dalamnya—

(a)

dalam hal suatu notis yang disampaikan di bawah subseksyen (1), tahun taksiran dan amaun atau amaun tambahan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang dikenakan;

(b)

dalam hal suatu notis yang disampaikan di bawah subseksyen (2), tahun taksiran dan amaun kenaikan dalam cukai yang dikenakan; dan

(c)

dalam mana-mana hal—

(i)

tempat pembayaran perlu dibuat;

(ii)

kenaikan bagi pembayaran lewat yang dikenakan oleh subseksyen 13a(2); dan

(iii)

apa-apa hak untuk merayu yang wujud di bawah Akta ini.

Taksiran muktamad 6c.  (1)  Taksiran yang dibuat, dipersetujui atau diputuskan, hendaklah muktamad dan konklusif bagi maksud Akta ini, jika—

(a)

tiada notis rayuan secara sah terhadap taksiran telah diberikan di bawah seksyen 99 Akta Cukai

Pendapatan 1967 dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan;

(b)

suatu persetujuan telah tercapai mengenai suatu taksiran menurut subseksyen 101(2) Akta Cukai

Pendapatan 1967; atau

(c)

suatu taksiran telah diputuskan atas rayuan dan tiada hak untuk rayuan lanjut.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan pelaksanaan apa-apa kuasa yang diberikan kepada

Ketua Pengarah oleh seksyen 6.

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan)

9

Hak untuk merayu 6d.  (1)  Seseorang yang terkilan dengan suatu taksiran yang dibuat ke atasnya boleh merayu kepada Pesuruhjaya Khas terhadap taksiran itu mengikut cara yang sama sebagaimana suatu rayuan terhadap suatu taksiran cukai pendapatan dibuat di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, dan seksyen 99, 100, 101

dan 102 Akta Cukai Pendapatan 1967, setakat yang ia terpakai dan dengan ubah suaian yang perlu, hendaklah terpakai bagi suatu rayuan terhadap suatu taksiran yang dibuat di bawah

Akta ini seolah-olah—

(a)

tiap-tiap sebutan dalam seksyen itu mengenai cukai pendapatan atau mengenai cukai adalah sebutan mengenai cukai aktiviti perniagaan Labuan; dan

(b)

tiap-tiap sebutan dalam seksyen itu mengenai pendapatan adalah sebutan mengenai keuntungan yang boleh dikenakan cukai.

(2)

Jadual 5 kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu berhubung dengan tatacara pendengaran rayuan kepada Pesuruhjaya Khas dan tatacara pendengaran rayuan lanjutan.”.

Pindaan seksyen 9