Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 13
seksyen yang berikut:
“Cukai genap masa dan kena dibayar 13a. (1) Jika suatu taksiran dibuat di bawah seksyen 6, cukai yang kena dibayar di bawah taksiran itu hendaklah, atas penyampaian notis taksiran di bawah seksyen 6b, menjadi genap masa dan kena dibayar ke atas orang yang ditaksir di tempat yang dinyatakan dalam notis itu sama ada atau tidak orang itu merayu ke atas taksiran itu.
(2)
Jika apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa tiga puluh hari selepas penyampaian notis itu, sekian banyak cukai yang tidak dibayar apabila tamat tempoh itu hendaklah tanpa apa-apa notis lanjut disampaikan dinaikkan sebanyak jumlah yang sama dengan sepuluh peratus daripada cukai yang tidak dibayar itu, dan jumlah itu boleh didapatkan seolah-olah jumlah itu adalah cukai yang genap masanya dan kena dibayar di bawah Akta ini.”.
Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan)
11
Seksyen baharu 17c dan 17d