Malaysia legislation

Section 2

of AKTA ZON BEBAS (PINDAAN) 2020

Seksyen 2

Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan dalam Bahagian IV sebelum seksyen 18 seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 17A

Bagi maksud Akta ini, seseorang pegawai kanan kastam hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung dengan penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan, dan kuasa yang sedemikian hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.

Quoted provision

Seksyen 17B

Kuasa tambahan

(2)

Bagi maksud Akta ini—

(a)

jika sesuatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai penjaga Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seorang pegawai kanan kastam, dan bagi maksud itu, tempat yang perintah, perakuan atau perbuatan itu diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai Daerah Polis di bawah jagaannya; dan

(b)

seseorang pegawai kastam yang hak hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai suatu balai polis.".

Pindaan seksyen 26