Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Seksyen baharu $ 1 7^{\mathrm{A}} $ dan $ 1 7^{\mathrm{B}} $
/akn/my/act/amendment_act/2020/A1630
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA ZON BEBAS (PINDAAN) 2020 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1630 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Seksyen baharu $ 1 7^{\mathrm{A}} $ dan $ 1 7^{\mathrm{B}} $
Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan dalam Bahagian IV sebelum seksyen 18 seksyen yang berikut:
Quoted provision
Bagi maksud Akta ini, seseorang pegawai kanan kastam hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung dengan penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan, dan kuasa yang sedemikian hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.
Quoted provision
Kuasa tambahan
Bagi maksud Akta ini—
jika sesuatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai penjaga Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seorang pegawai kanan kastam, dan bagi maksud itu, tempat yang perintah, perakuan atau perbuatan itu diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai Daerah Polis di bawah jagaannya; dan
seseorang pegawai kastam yang hak hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai suatu balai polis.".
Pindaan seksyen 26
"Kuasa penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan
Seksyen 26 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3A) Jika oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya tidak praktikal untuk mengeluarkan apa-apa barang, bekas, bungkusan, bagasi, kenderaan, vesel atau pesawat udara yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu boleh, dengan apa-apa cara, mengelak barang, bekas, bungkusan, bagasi, kenderaan, vesel atau pesawat udara itu, atau premis atau tempat yang di dalamnya barang, bekas, bungkusan, bagasi, kenderaan, vesel atau pesawat udara itu dijumpai.
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecah, menganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (3A) atau mengeluarkan apa-apa barang, bekas, bungkusan, bagasi, kenderaan, vesel atau pesawat udara yang dilak itu, atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.".
Seksyen baharu $ 3 0^{\mathrm{B}} $
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen $ 3 0 \mathrm{A} $ seksyen yang berikut:
"Keterangan ejen provokasi boleh diterima
Quoted provision
Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dan ejen provokasi itu ialah seorang pegawai kastam atau pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis, yang dibuat kepada ejen provokasi oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.".