Malaysia legislation

Section 3

of AKTA ZON BEBAS (PINDAAN) 2020

Seksyen 3

"Kuasa penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan

Seksyen 26 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3A) Jika oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya tidak praktikal untuk mengeluarkan apa-apa barang, bekas, bungkusan, bagasi, kenderaan, vesel atau pesawat udara yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu boleh, dengan apa-apa cara, mengelak barang, bekas, bungkusan, bagasi, kenderaan, vesel atau pesawat udara itu, atau premis atau tempat yang di dalamnya barang, bekas, bungkusan, bagasi, kenderaan, vesel atau pesawat udara itu dijumpai.

(3B)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecah, menganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (3A) atau mengeluarkan apa-apa barang, bekas, bungkusan, bagasi, kenderaan, vesel atau pesawat udara yang dilak itu, atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.".

Seksyen baharu $ 3 0^{\mathrm{B}} $