Malaysia legislation

Section 6

of AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2020

Seksyen 6

Seksyen baharu 35a

seksyen yang berikut:

“Pembayaran balik melalui pemotongan cukai jualan 35a.  (1)  Ketua Pengarah boleh mengarahkan mana-mana pengilang berdaftar untuk memotong amaun pembayaran balik terhadap amaun cukai jualan yang akan dibayar daripada penyatanya di bawah seksyen 26 jika pengilang berdaftar itu telah diberikan pembayaran balik cukai jualan di bawah perenggan 35(3)(c) atau telah membuat potongan di bawah seksyen 23 atau 41a.

(2)

Jika selepas pemotongan dibuat di bawah subseksyen (1), terdapat apa-apa baki dalam amaun pembayaran balik, baki itu hendaklah dibayar balik kepada pengilang berdaftar oleh Ketua Pengarah.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh memegang keseluruhan atau mana-mana bahagian amaun yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (2) untuk dikreditkan kepada apa-apa tempoh bercukai berikutnya atau seterusnya dan Ketua Pengarah hendaklah menganggap amaun yang dikreditkan itu sebagai pembayaran atau sebahagian pembayaran yang diterima daripada pengilang berdaftar.”.

Cukai Jualan (Pindaan)

5

Pindaan seksyen 69