Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 17
/akn/my/act/amendment_act/2020/A1631
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2020 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1631 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 17
Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806], yang disebut “Akta ibu”
dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 17(1) dengan menggantikan perkataan “sebaik selepas” dengan perkataan “sebaik sebelum”.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1631
AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2020
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1631
Pindaan seksyen 27
Subseksyen 27(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “subseksyen 26(9)” dengan perkataan “subseksyen 26(8)”.
Pindaan seksyen 31
Perenggan 31(1)(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “subseksyen 26(9)” dengan perkataan “subseksyen 26(8)”.
Pindaan seksyen 32
Subseksyen 32(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “subseksyen 26(9)” dengan perkataan “subseksyen 26(8)”.
Seksyen baharu 35a
seksyen yang berikut:
“Pembayaran balik melalui pemotongan cukai jualan 35a. (1) Ketua Pengarah boleh mengarahkan mana-mana pengilang berdaftar untuk memotong amaun pembayaran balik terhadap amaun cukai jualan yang akan dibayar daripada penyatanya di bawah seksyen 26 jika pengilang berdaftar itu telah diberikan pembayaran balik cukai jualan di bawah perenggan 35(3)(c) atau telah membuat potongan di bawah seksyen 23 atau 41a.
Jika selepas pemotongan dibuat di bawah subseksyen (1), terdapat apa-apa baki dalam amaun pembayaran balik, baki itu hendaklah dibayar balik kepada pengilang berdaftar oleh Ketua Pengarah.
Walau apa pun subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh memegang keseluruhan atau mana-mana bahagian amaun yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (2) untuk dikreditkan kepada apa-apa tempoh bercukai berikutnya atau seterusnya dan Ketua Pengarah hendaklah menganggap amaun yang dikreditkan itu sebagai pembayaran atau sebahagian pembayaran yang diterima daripada pengilang berdaftar.”.
Cukai Jualan (Pindaan)
5
Pindaan seksyen 69
Subseksyen 69(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “tempat” perkataan “atau premis”.
Seksyen baharu 69a
seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk mengelak 69a. (1) Jika oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya tidak praktikal untuk memindahkan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang disita di bawah Akta ini, seseorang pegawai cukai jualan yang hak boleh, dengan apa-apa cara, mengelak barang, dokumen, artikel atau benda itu, atau tempat, premis, bekas muatan, bungkusan atau pengangkut yang di dalamnya barang, dokumen, artikel atau benda itu dijumpai.
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecah, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (1) atau memindahkan barang, dokumen, artikel, benda, bekas muatan, bungkusan atau pengangkut yang dilak itu, atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.”.
Seksyen baharu 72b
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 72a seksyen yang berikut:
“Kuasa tambahan 72b. (1) Sebagai tambahan kepada dan tanpa menjejaskan kuasa sedia ada yang diberikan di bawah Akta ini, apabila membawa dan menjaga mana-mana orang dalam tahanan, seseorang pegawai cukai jualan yang hak hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Koperal dan lebih rendah dan kuasa seorang pegawai penjara yang berpangkat Sarjan dan lebih rendah di bawah Akta Penjara 1995 [Akta 537].
Undang-Undang Malaysia 6
Bagi maksud Akta ini—
jika sesuatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai penjaga Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seorang pegawai kanan cukai jualan, dan bagi maksud itu, tempat perintah, perakuan atau perbuatan itu diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai Daerah Polis di bawah jagaannya; dan
seseorang pegawai cukai jualan yang hak hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai suatu balai polis.”.
Seksyen baharu 74a
Akta A1631
seksyen yang berikut:
“Keterangan ejen provokasi boleh diterima 74a. (1) Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, tiada ejen provokasi boleh dianggap tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia cuba untuk bersubahat atau telah bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini jika cubaan untuk bersubahat atau persubahatan itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang itu.
Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dan ejen provokasi itu ialah seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya atau seorang pegawai cukai jualan, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis yang dibuat kepada ejen provokasi oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.”.
Pindaan seksyen 88a
Cukai Jualan (Pindaan)
“seksyen 41a” dengan perkataan “seksyen 23, 35a atau 41a”.
Pindaan seksyen 97
Subseksyen 97(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “yang merupakan pengilang berdaftar atau pengimport”
dengan perkataan “yang bertanggungan bagi apa-apa cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar”.
Pindaan seksyen 98
dengan menggantikan perkataan “pengilang berdaftar atau pengimport” dengan perkataan “mana-mana orang yang bertanggungan bagi apa-apa cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar”;
dengan menggantikan perkataan “melupuskan apa-apa aset pengilang berdaftar atau pengimport” dengan perkataan
“melupuskan apa-apa aset orang itu”; dan
dengan menggantikan perkataan “berkenaan dengan barang bercukai yang telah dijual atau dikilangkan oleh pengilang berdaftar atau pengimport itu” dengan perkataan
“berkenaan dengan barang bercukai yang telah dijual, dikilangkan, dibeli atau diperoleh oleh orang itu”.