Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2021

Seksyen 2

Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan tajuk panjang dengan tajuk panjang yang berikut:

“Suatu Akta bagi maksud untuk menggalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal dagangan palsu dan pernyataan, pengendalian dan amalan palsu atau mengelirukan berhubung dengan pembekalan barang-barang

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1639

AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2021

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1639

dan perkhidmatan, dan dengan melarang, menyekat atau selainnya mengawal selia atau mengawal penggunaan apa-apa pernyataan, ungkapan atau petunjuk yang mungkin mendiskriminasi atau memboikot apa-apa keluaran atau barang-barang atau untuk tidak menggalakkan, melarang, menghalang atau mempengaruhi mana-mana orang daripada menggunakan atau mengambil apa-apa keluaran atau barang-barang dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.”.