Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2021

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2021
Sections
9
Languages
MS · EN

Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1639 2021, currently marked in force and first recorded in 2021.

Front matterCover and publication detailsOpen

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1639

AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2021

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1639

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

28 Disember 2021

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

31 Disember 2021

Hakcipta Pencetak H

Perihal Dagangan (Pindaan)

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Perihal Dagangan 2011. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perihal Dagangan

(Pindaan) 2021.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Penggantian tajuk panjang

Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan tajuk panjang dengan tajuk panjang yang berikut:

“Suatu Akta bagi maksud untuk menggalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal dagangan palsu dan pernyataan, pengendalian dan amalan palsu atau mengelirukan berhubung dengan pembekalan barang-barang

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1639

AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2021

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1639

dan perkhidmatan, dan dengan melarang, menyekat atau selainnya mengawal selia atau mengawal penggunaan apa-apa pernyataan, ungkapan atau petunjuk yang mungkin mendiskriminasi atau memboikot apa-apa keluaran atau barang-barang atau untuk tidak menggalakkan, melarang, menghalang atau mempengaruhi mana-mana orang daripada menggunakan atau mengambil apa-apa keluaran atau barang-barang dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.”.

Seksyen baharu 39a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 40

seksyen yang berikut:

“Kuasa menangkap 39a.  (1)  Seseorang Penolong Pengawal boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dipercayainya dengan munasabah telah melakukan atau cuba untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah seksyen 5, 16, 17, 20 atau 51 Akta ini.

(2)

Seseorang Penolong Pengawal yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu membawa orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh

Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] seolah-olah dia ditangkap oleh seorang pegawai polis.”.

Seksyen baharu 52a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 52

seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk mengambil sampel 52a.  (1)  Seseorang Penolong Pengawal boleh, tanpa bayaran, meminta, memilih, mengambil atau mendapatkan sampel apa-apa barang bagi maksud analisis daripada mana-mana

Perihal Dagangan (Pindaan)

5

orang yang mengilang, mengeluarkan, menjual atau mengimport barang-barang itu atau daripada ejen atau pekhidmatnya.

(2)

Mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan yang dibuat oleh seseorang Penolong Pengawal di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.”.

Pindaan seksyen 54

Seksyen 54 Akta ibu dipinda dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Anggapan dan pemeriksaan berkenaan dengan sampel”.

Penggantian seksyen 56

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 56 dengan seksyen yang berikut:

“Pengecualian

Quoted provision

Seksyen 56

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam perintah itu, mengecualikan pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini—

(b)

kepada apa-apa perihalan barang-barang yang dimaksudkan untuk—

(i)

dihantar ke suatu tempat di luar Malaysia; atau

(ii)

apa-apa kegunaan atau maksud tertentu sebagaimana yang disebut dalam perintah itu.”.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1639

Seksyen baharu 56a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 56

seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk memerintahkan pematuhan 56a.  (1)  Jika Pengawal mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang sedang melanggar, telah melanggar atau akan melanggar mana-mana peruntukan

Akta ini, Pengawal boleh membuat perintah menghendaki orang itu untuk menghentikan pelanggaran itu, menahan diri daripada pelanggaran itu atau menahan diri daripada apa-apa pelanggaran lanjut.

(2)

Sesalinan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap orang yang dinamakan dalam perintah itu dan perintah itu hendaklah berkuat kuasa sebaik selepas perintah itu disampaikan.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, penyampaian boleh dibuat melalui penyampaian ke diri atau melalui pos berdaftar

Akuan Terima, pengiriman faksimili atau apa-apa cara penghantaran lain yang menyebabkan perintah itu dihantar secara bertulis kepada orang yang dinamakan dalamnya.

(4)

Kuasa untuk membuat perintah di bawah subseksyen (1)

boleh dijalankan oleh Pengawal sendiri atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal.

(5)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen ini oleh Pengawal atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal melakukan suatu kesalahan.”.

Pindaan seksyen 69

Perenggan 69(2)(b) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “penggunaan apa-apa” perkataan “pernyataan,”.

Perihal Dagangan (Pindaan)

7

Pengesahan dan tanggung rugi

(1)

Fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh mana-mana pihak berkuasa berwibawa yang dinamakan oleh Menteri di bawah seksyen 29 Akta ibu berkenaan dengan perakuan dan penandaan halal bagi tempoh mulai 1 Januari 2012 hingga 22 Oktober 2018, iaitu hari sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan

Perihal Dagangan (Fi Perakuan dan Penandaan Halal) (Pindaan)

2018 [P.U. (A) 268/2018], hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah.

(2)

Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia, mana-mana pihak berkuasa berwibawa yang dinamakan oleh Menteri di bawah seksyen 29 Akta ibu atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya berkenaan dengan apa-apa fi yang telah dikenakan dan dipungut berkenaan dengan perakuan dan penandaan halal semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang telah dibawa, dimulakan atau dikekalkan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik boleh dibuat berkenaan dengan fi yang telah dikenakan dan dipungut itu.

Common questions

What is Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2021?
Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1639 2021, currently marked in force and first recorded in 2021.
Is Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 still in force?
Yes — Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 is currently in force.
When did Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 take effect?
Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 was first recorded in 2021.
How many sections does Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 have?
Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 contains 10 sections.
Where can I read the official version of Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2021?
The official text of Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 (A1639) | mylaw.my