Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
“Pengecualian
seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk memerintahkan pematuhan 56a. (1) Jika Pengawal mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang sedang melanggar, telah melanggar atau akan melanggar mana-mana peruntukan
Akta ini, Pengawal boleh membuat perintah menghendaki orang itu untuk menghentikan pelanggaran itu, menahan diri daripada pelanggaran itu atau menahan diri daripada apa-apa pelanggaran lanjut.
(2)
Sesalinan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)
hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap orang yang dinamakan dalam perintah itu dan perintah itu hendaklah berkuat kuasa sebaik selepas perintah itu disampaikan.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, penyampaian boleh dibuat melalui penyampaian ke diri atau melalui pos berdaftar
Akuan Terima, pengiriman faksimili atau apa-apa cara penghantaran lain yang menyebabkan perintah itu dihantar secara bertulis kepada orang yang dinamakan dalamnya.
(4)
Kuasa untuk membuat perintah di bawah subseksyen (1)
boleh dijalankan oleh Pengawal sendiri atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal.
(5)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen ini oleh Pengawal atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal melakukan suatu kesalahan.”.
Pindaan seksyen 69