Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PINDAAN) 2022

Seksyen 19

Seksyen 42 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Pembelian hidupan liar oleh peniaga berlesen atau pembiak baka dalam kurungan”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Seorang peniaga berlesen atau pembiak baka dalam kurungan hendaklah membeli atau memperoleh mana-mana hidupan liar yang dilindungi, atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi atau hidupan liar yang dikawal, hanya daripada—

(a)

pemburu berlesen, pemegang permit khas untuk memburu, peniaga berlesen atau pembiak baka dalam kurungan; atau

(b)

Ketua Pengarah, Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah, jika ia dijual oleh Ketua Pengarah, Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah itu menurut Akta ini.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Seorang pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga atau pembiak baka dalam kurungan hendaklah membeli atau memperoleh mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya hanya daripada—

(a)

pemegang permit khas untuk memburu, pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga atau pembiak baka dalam kurungan; atau

Undang-Undang Malaysia 16

Akta A1646

(b)

Ketua Pengarah, Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah, jika ia dijual oleh Ketua Pengarah, Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa oleh

Ketua Pengarah itu menurut Akta ini.”;

(d)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “ahli taksidermi berlesen” dengan perkataan “pembiak baka dalam kurungan”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “dua puluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan

(iii)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun”

dengan perkataan “tiga tahun”; dan

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga atau pembiak baka dalam kurungan yang melanggar subseksyen (1a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 43