Jadual Kesembilan atau mana-mana bahagian atau terbitan hidupan liar itu, hendaklah, apabila disabitkan, dihukum denda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit bagi setiap hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar itu dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun;”;
(ii) dengan memotong perenggan (b); dan
(iii) dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya yang dinyatakan dalam Jadual
Kesepuluh atau mana-mana bahagian atau terbitan hidupan liar itu hendaklah, apabila disabitkan, dihukum denda tidak kurang daripada satu ratus lima puluh ribu ringgit bagi setiap hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar itu dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun.”.
Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)
27
Pindaan seksyen 69
41. Seksyen 69 Akta ibu dipinda—
(a) dalam subseksyen (1)—
(i) dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi dua ratus ribu ringgit” dengan perkataan “tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit bagi setiap hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya yang tidak matang”; dan
(ii) dengan menggantikan perkataan “sepuluh tahun”
dengan perkataan “lima belas tahun”; dan
(b) dalam subseksyen (2)—
(i) dengan menggantikan perkataan “satu ratus lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit” dengan perkataan “dua ratus ribu ringgit bagi setiap hidupan liar”; dan
(ii) dengan menggantikan perkataan “lima tahun”
dengan perkataan “lima belas tahun”.
Pindaan seksyen 70
42. Seksyen 70 Akta ibu dipinda—
(a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit” dengan perkataan
“dua puluh ribu ringgit bagi setiap hidupan liar betina yang dilindungi sepenuhnya tetapi denda itu tidak boleh melebihi lima ratus ribu ringgit pada agregatnya”; dan
(b) dalam subseksyen (2)—
(i) dengan menggantikan perkataan “dua ratus ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit” dengan perkataan “dua ratus lima puluh ribu ringgit bagi setiap hidupan liar”; dan
(ii) dengan menggantikan perkataan “lima tahun”
dengan perkataan “lima belas tahun”.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta A1646
Pindaan seksyen 71
43. Seksyen 71 Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “didenda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit” dengan perkataan “didenda dua puluh ribu ringgit bagi setiap hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya atau bahagian atau terbitan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya tetapi denda itu tidak boleh melebihi satu juta ringgit pada agregatnya”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “tiga tahun” dengan perkataan “lima belas tahun”.
Pemotongan seksyen 72 dan 73
44. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 72 dan 73.
Seksyen baharu 73a
45. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 73
seksyen yang berikut:
“Menjalankan urusan berniaga tanpa permit khas 73a. Mana-mana orang yang menjalankan urusan berniaga yang melibatkan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya tanpa suatu permit khas melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.
Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)
29
Pindaan seksyen 74
46. Seksyen 74 Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “dua puluh ribu ringgit”
dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Pindaan seksyen 75
47. Seksyen 75 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“dua tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Pemotongan seksyen 76
48. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 76.
Pindaan seksyen 77
49. Seksyen 77 Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “tiga puluh ribu ringgit”
dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Pindaan seksyen 78
50. Seksyen 78 Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “dua puluh ribu ringgit”
dengan perkataan “satu ratus ribu ringgit”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta A1646
Pindaan seksyen 79
51. Subseksyen 79(1) Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi lima puluh ribu ringgit” dengan perkataan “tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Pindaan seksyen 80
52. Seksyen 80 Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “dua puluh ribu ringgit”
dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Pindaan seksyen 81
53. Seksyen 81 Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi lima puluh ribu ringgit” dengan perkataan “tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Pindaan seksyen 82
54. Seksyen 82 Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “tiga puluh ribu ringgit”
dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan
Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)
31
(b) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Pindaan seksyen 83
55. Seksyen 83 Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “dua puluh ribu ringgit”
dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Pindaan seksyen 84
56. Seksyen 84 Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “dua puluh ribu ringgit”
dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Pindaan seksyen 85
57. Subseksyen 85(1) Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi lima puluh ribu ringgit” dengan perkataan “tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta A1646
Pindaan seksyen 86
58. Subseksyen 86(1) Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “lima ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”;
(b) dengan menggantikan perkataan “lima puluh ribu ringgit”
dengan perkataan “satu ratus ribu ringgit”; dan
(c) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Penggantian seksyen 87
59. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 87 dengan seksyen yang berikut:
“Benda yang mengandungi bahagian atau terbitan hidupan liar
87. Mana-mana orang yang menjual atau mempromosi untuk menjual apa-apa benda yang didakwa mengandungi apa-apa bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang pada hakikatnya tidak ada bahagian atau terbitan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.
Pindaan seksyen 88
60. Seksyen 88 Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “tiga puluh ribu ringgit”
dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)
33
Seksyen baharu 88a dan 88b
61. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 88
seksyen yang berikut:
“Menganjurkan pertunjukan hidupan liar 88a. (1) Tiada seorang pun boleh menganjurkan pertunjukan hidupan liar melainkan jika dia pemegang permit untuk mengendalikan zoo.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(3) Bagi maksud seksyen ini, “pertunjukan hidupan liar”
ertinya suatu aktiviti yang berasaskan perlakuan semula jadi hidupan liar yang melibatkan persembahan hidupan liar di suatu tapak khas atau pentas di dalam premis zoo dan dikendalikan oleh jurulatih hidupan liar.
Promosi hidupan liar 88b. (1) Tiada seorang pun boleh mempromosi mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar bagi urusan berniaga melainkan jika dia peniaga berlesen atau pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; atau
(b) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak kurang daripada lapan puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus lima puluh ribu ringgit.”.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta A1646
Pindaan seksyen 101
62. Subseksyen 101(4) Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “tiga puluh ribu ringgit”
dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Pindaan seksyen 114
63. Seksyen 114 Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “tiga puluh ribu ringgit”
dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Pindaan seksyen 115
64. Subseksyen 115(2) Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “tiga puluh ribu ringgit”
dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Pindaan seksyen 117
65. Seksyen 117 Akta ibu dipinda—
(a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Spesies”
dengan perkataan “Hidupan liar”;
(b) dalam subseksyen (1)—
(i) dengan menggantikan perkataan “atau mengeksport”
dengan perkataan “, mengeksport atau mengeksport semula”;
Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)
35
(ii) dengan menggantikan perkataan “spesies” dengan perkataan “hidupan liar”; dan
(iii) dengan memasukkan selepas perkataan “Jadual
Kelima” perkataan “kecuali mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dikawal”; dan
(c) dalam subseksyen (2)—
(i) dengan menggantikan perkataan “tiga puluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan
(ii) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Pemotongan seksyen 118
66. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 118.
Pindaan seksyen 119
67. Subseksyen 119(2) Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “tidak melebihi lima puluh ribu ringgit” dengan perkataan “tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Pindaan seksyen 120
68. Seksyen 120 Akta ibu dipinda—
(a) dalam nota bahu, dengan memotong perkataan
“yang dilindungi”;
Undang-Undang Malaysia 36
Akta A1646
(b) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Mana-mana orang, selain peniaga berlesen, pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga, pembiak baka dalam kurungan atau pemegang permit untuk mengendalikan zoo hendaklah membeli atau memperoleh mana-mana hidupan liar atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar hanya daripada—
(a) peniaga berlesen, pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga atau pembiak baka dalam kurungan; atau
(b) Ketua Pengarah, Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah, jika ia dijual oleh Ketua Pengarah, Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa oleh
Ketua Pengarah itu menurut Akta ini.”; dan
(c) dalam subseksyen (2)—
(i) dengan menggantikan perkataan “dua puluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan
(ii) dengan menggantikan perkataan “satu tahun”
dengan perkataan “tiga tahun”.
Pindaan seksyen 122
69. Seksyen 122 Akta ibu dipinda—
(a) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “haiwan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “hidupan”; dan
(b) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“gajah (Elephas maximus), seladang (Bos gaurus), beruang (Helarctos malayanus), harimau (Panthera tigris),
Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)
37
harimau bintang (Panthera pardus), harimau kumbang, babi hutan (sus scrofa)” dengan perkataan “hidupan liar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kesebelas”.
Seksyen baharu 123a
70. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 123
seksyen yang berikut:
“Maklumat palsu 123a. Mana-mana orang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberikan apa-apa dokumen atau maklumat yang dikehendaki di bawah Akta ini yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan dalam apa-apa butiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya; atau
(b) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.”.
Penggantian seksyen 124
71. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 124 dengan seksyen yang berikut:
“Tanggungan pengarah, dsb., syarikat, dsb.
124. Jika mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau
Undang-Undang Malaysia 38
Akta A1646
pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang membantu dalam pengurusannya—
(a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan
(b) jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
(i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; dan
(ii) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.”.
Pindaan seksyen 125
72. Seksyen 125 Akta ibu dipinda—
(a) dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit”
dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”; dan
(b) dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.
Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)
39
Pindaan seksyen 132
73. Subseksyen 132(2) Akta ibu dipinda—
(a) dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan
“atau pameran hidupan liar” dengan perkataan
“, pameran hidupan liar, kemudahan rehabilitasi hidupan liar, kemudahan latihan hidupan liar atau kemudahan penginapan hidupan liar”;
(b) dalam perenggan (h), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah; dan
(c) dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut:
“(i) pengawalseliaan pertandingan hidupan liar dan perkhidmatan kawalan hidupan liar; dan
(j) pengawalseliaan penggunaan mana-mana hidupan liar dalam menjalankan apa-apa aktiviti keagamaan, adat atau kebudayaan.”.
Jadual baharu
74. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Ketujuh jadual yang berikut:
“Jadual Kelapan
[Subseksyen 60(2)]
HIDUPAN LIAR YANG DILINDUNGI BAGI MAKSUD
SUBSEKSYEN 60(2)
Tafsiran Jadual Kelapan
1. Spesies yang termasuk dalam Jadual ini disebut—
(a) dengan nama spesies itu; atau
(b) sebagai semua spesies yang termasuk dalam suatu takson yang lebih tinggi atau bahagian yang ditetapkan daripadanya.
2. Singkatan “spp.” digunakan untuk menandakan semua spesies daripada suatu takson yang lebih tinggi.
Undang-Undang Malaysia 40
Akta A1646
3. Sebutan lain mengenai taksa yang lebih tinggi daripada spesies adalah bagi maksud maklumat atau pengelasan sahaja. Nama biasa yang dimasukkan selepas nama saintifik bagi sesuatu famili adalah untuk rujukan sahaja. Ia bertujuan untuk menunjukkan spesies dalam famili yang berkenaan yang dimasukkan dalam Jadual ini. Dalam kebanyakan hal, ini bukanlah semua spesies dalam famili itu.
4. Jika terdapat percanggahan antara nama saintifik dengan nama tempatan dan nama biasa dalam penggunaan nama mana-mana spesies dalam Jadual ini, nama saintifik hendaklah terpakai.
Nama Saintifik
Nama Tempatan
Nama Biasa
KELAS AVES
Copsychus malabaricus
Murai Batu
White-rumped Shama
Gracula religiosa
Tiong Mas
Hill Myna
Zosterops palpebrosus
Kelicap Kunyit
Oriental White Eye